“Abang Saya Pergi Tanpa Isteri Iringi Ke Perkuburan Kerana Masih Berpantang, Tapi Allah Gantikannya Dengan Insan Baru”

KETIBAAN jenazah Che Huzaidy Che Harun, mangsa yang meninggal dunia dalam kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Pengerang, Kota Tinggi pada Ahad lalu di Tanah Perkuburan Islam Rusila, Marang hari ini disambut tanpa dihadiri isterinya.

Isterinya, Khairunnisa Pauzi, 30, baru bersalin di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada 2 pagi hari ini.

Adik Khairunnisa, Mohd Faizal, 28, berkata, jenazah abang iparnya selamat dikebumikan pada 8 pagi hari ini.

Sebelum itu, jenazah yang dibawa dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru tiba di kampung keluarganya di Rusila dan disembahyangkan di masjid kampung berkenaan pada 7 pagi.

“Alhamdulillah, segala urusan kebumi jenazah abang berjalan lancar. Saya juga bersyukur kerana kakak (Khairunnisa) selamat melahirkan anak pertama.

“Allah mengambil abang, namun Allah menggantikannya dengan insan baru dalam keluarga kami,” katanya.

Dalam insiden kebakaran dan letupan dan kebakaran di Unit Diesel Hydro Treating (DHT) Kompleks Bersepadu Pengerang itu, lima mangsa rentung manakala dua lagi parah.

Artikel Berkaitan   Hilang Dompet 63 Tahun Lalu, Sekolah Buka Semula Rekod Kehilangan Barang, Ramai Yang Teruja Bila Tengok Isi Dompet