“Ada Je Yang Mengata Tapi Saya Hanya Pekakkan Telinga Saja” Kahwin Pegang Bunga Kantan Je, Pasangan Ini Jadi Viral

KEBIASAANNYA bunga kantan digunakan sebagai bahan masakan untuk hidangan laksa, asam pedas ataupun kerabu.

Namun berbeza pula dengan pasangan mempelai ini apabila bunga kantan dijadikan bunga tangan sebagai pelengkap aksesori pengantin perempuan.

Menurut pengantin perempuan, Nurfadhilah Mohd Faudzi, 27, idea tersebut tiba-tiba saja terlintas di fikirannya dan kebetulan sesuai dengan majlis pernikahan mereka yang bertemakan klasik

“Idea tu datang secara tiba-tiba sebab majlis pernikahan kami bertemakan klasik.

“Bila dah siap gubah saya tengok bunga kantan tu elok je, cantik dan kembang.

“Lagipun bunga kantan tu free of charge. Kakak saya ambil dekat kampung,” katanya

Iela dan suaminya selamat disatukan baru-baru ini.

Nurfadhilah atau lebih mesra disapa Iela berkata dia terkejut apabila melihat reaksi orang ramai yang menyukai bunga tangan gubahannya itu.

“Tak sangka semua orang ambil gambar dengan hand bouquet tu. Ramai suka sebab bunga tu nampak cantik dan kembang.

“Bunga tangan tu gubah dekat masjid. Saya tolong kakak ikat-ikatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Iela yang selamat disatukan dengan jejaka pilihannya, Azrul Shah Jamal, 30, baru-baru ini memilih untuk mengadakan majlis pernikahan serderhana tanpa ada wang hantaran.

“Memang tak ada wang hantaran sebab saya mahu memudahkan suami untuk menghalalkan hubungan kami. InsyaAllah, Allah permudahkan semuanya.

“Bagi saya pilihlah suami bukan kerana harta dan rupa. Bab rezeki tu Allah dah janji untuk setiap orang yang ingin mend1rikan masjid akan masuk rezeki dari setiap sudut.

Hantaran pengantin lelaki dan perempuan.

“Ini benar. Pernikahan yang paling berkat adalah pernikahan yang paling rendah maharnya,” katanya.

Menariknya, kos majlis pernikahan pasangan ini hanya menelan belanja kurang RM1,500.

Artikel Berkaitan   “Oyen” Selamba Masuk Rumah Lelaki Ini, Lepas Tu Terus Buat Macam Rumah Sendiri Buat Netizen Terhibur

“Baju nikah saya tempah berharga RM50. Kain pula saya guna kain arwah ibu manakala selendang pula arwah nenek punya.

NURFADHILAH MOHD FAUDZI

Make up pula saya buat send1ri sebab saya memang minat bersolek. Untuk katering pula saya ambil konsep hi-tea berharga RM900 untuk 150 tetamu

“Hantaran pula lima berbalas tujuh. Semua barang kami beli dekat kedai eco RM2.10,” katanya.

Ditanya mengenai reaksi negatif orang ramai mengenai keputusannya untuk tidak menerima wang hantaran, wanita berasal dari Tampin, Negeri Sembilan itu berkata dia enggan ambil pusing mengenai perkara tersebut.

Iela dan suami memilih untuk mengadakan majlis pernikahan mereka secara sederhana.

“Ada je yang mengata tapi saya hanya pekakkan telinga saja. Saya tetap dengan pend1rian saya kerana seelok-eloknya wang itu digunakan untuk tujuan selepas berkahwin.

“Kita nak bina rumah tangga yang bahagia. Kesederhanaan membawa kepada kesempurnaan. Doakan saya dan suami bercinta hingga ke syurga,” katanya.

Sumber: mstar