Allahuakbar! Malaikat Sentiasa Mendoakan Orang Yang Jaga Wuduknya

Ada beberapa hadis sahih yang menyebut bahawa mereka yang berada di masjid dalam keadaan berwuduk akan didoakan para malaikat.

Dari Abu Hurairah RA, Baginda SAW bersabda:

الْمَلاَئِكَةُ تُصَلِّى عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِى مُصَلاَّهُ الَّذِى صَلَّى فِيهِ ، مَا لَمْ يُحْدِثْ ، تَقُولُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ

Maksud: “Para malaikat akan mendoakan salah seorang di antara kalian selama ia tetap berada di tempat solatnya, selama ia tidak berhadas. Malaikat mengucapkan: “Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, rahmatilah dia.”

(Hadis Riwayat Bukhari, no. 445)

Kita mengetahui bahawa doa malaikat ini adalah antara doa yang dimakbulkan. Jadi, ini merupakan salah satu cara untuk meletakkan diri anda dalam doanya.

Oleh itu, apabila sudah sampai awal di masjid, niatkanlah untuk beriktikaf dan selama mana berada di dalamnya dalam keadaan berwuduk, malaikat pasti akan mendoakan anda.

Jadi, jangan sia-siakan peluang tersebut. Jangan anggap datang awal ke masjid itu merupakan perkara yang sia-sia.

kredit zayan