Amalkan Doa Ini Supaya Kita Dapat Rezeki Berjumpa Dengan Lailatul Qadar, Aminn

Doa untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar | Kesempatan dan peluang dipanjangkan hayat pada bulan Ramadhan ini haruslah digunakan sebaik mungkin untuk memanfaatkan bulan mulia ini dengan memperbanyakkan istighfar, solat taubat dan doa kepada Allah سبحانه وتعالى bagi mengharap diampuni salah dan dosa disamping sentiasa bermuhasabah diri untuk memperbaiki kesilapan diri agar dianugerahi malam al-Qadar.


Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar seringkali berlaku perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Tetapi pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam-malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadhan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Umat Islam juga dianjurkan untuk sentiasa istiqamah dan menggunakan sebaik mungkin peluang pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan agar meraih kelebihan besar bulan mulia ini terutama di malam al-Qadar yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah سبحانه وتعالى dalam surah al-Qadr.

Firman Allah سبحانه وتعالى  :~

لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.”

(Surah Al-Qadr: Ayat 3)

Lailatul Qadar termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa oleh kerana itu setiap Muslim boleh membaca doa apapun untuk kebaikan dunia dan akhiratnya. Dan doa Aisyah adalah doa yang terbaik, kerana doa ini diajarkan oleh Nabi Muhammad ﷺ buat isterinya tercinta Sayyidatina Aisyah binti Abu Bakr radhiallahu ‘anha. Oleh kerana itu, doa ini dianjurkan untuk dibaca berulang-ulang.

Antara doa yang boleh diamalkan untuk mendapat malam Lailatul Qadar di sepanjang Ramadhan adalah :~

Doa untuk mendapat malam Lailatul Qadar di atas dianjurkan agar dibaca berulang-ulang kali bagi menunjukkan kesungguhan dan usaha seseorang itu.

Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Saiditina Aisyah R.A pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang amalan di dalam mencari Lalilatul Qadar. Kata Aisyah, “Wahai Rasulullah sekiranya aku mendapat lailatul qadar, apakah yang patut ku baca? Lalu Baginda bersabda : Katakanlah Wahai Aisyah dengan mengatakan, “Ya Allah! Engkaulah Tuhan yang Maha Agung, ampunilah aku. Dengan kemurahan dan belas kasihan, ampunilah aku”.

Walaupun telah dianugerah dan meraih Lalilatul Qadar atau Malam Al-Qadar (Malam Kemuliaan) pada Ramadhan ini kita haruslah terus beristiqamah dan menggunakan sebaik mungkin melaksanakan perintah Allah سبحانه وتعالى dengan penuh ketaatan dan sentiasa meningkatkan diri dengan ketaqwaan terhadap Allah سبحانه وتعالى.

والله أعلم بالصواب

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

~ shafiqolbu ~