Amalkan Solat Sunat Taubat Setiap Hari Supaya Hati Kita Sentiasa Tenang

Tidak dinafikan kita bukan manusia yang sempurna seratus peratus. Sudah tentu kita ada membuat kesilapan kepada manusia dan agama kita. Jadi jangan lupa meminta maaf jika kesilapan sesama manusia dan bertaubat dan minta ampun jika dengan Allah SWT.

Bagaimana mahu keampunan daripada Allah? Selain berdoa memohon keampunan, kita hendaklah melakukan Solat Sunat Taubat dengan seberapa kerap yang boleh. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang. Kita juga tidak tahu, bila akan dijemput untuk mengadapnya.

Solat Sunat Taubat

Hidup kita lama kelamaan akan tenang jika kita sering bertaubat kepada Allah. Hati kita akan terasa lapang dan terasa bersih. Dengan itu kita akan menjadi lebih rajin untuk terus beribadat kepadaNya.

Apabila kita menjadi takut untuk membuat benda-benda yang dilarang, mungkin pada masa itu Allah telah menerima taubat kita. Walaupun kita tidak mengetahuinya, namun hati kita dapat merasa ketenangan.

Apabila kita rasa bersalah dan mahu kembali kepada Allah, maka lebih baik kembali tanpa ditangguhkan lagi. Beramal dengan serta-merta. Amalan yang paling baik bagi umat manusia tidak lain tidak bukan adalah solat kerana ia adalah tiang agama dan ibu segala kebaikan disamping ibadat-ibadat lain.

Waktu Sesuai Solat Sunat Taubat

Solat Subat Taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali waktu-waktu yang diharamkan solat. Namun, ianya lebih afdhal jika dilakukan selepas tengah malam sewaktu Qiamullail iaitu bangun pada dua per tiga malam untuk beribadat kepada Allah.

Lebih afdal solat taubat pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang

Cara Solat Sunat Taubat

Berikut adalah panduan mudah untuk melakukan Solat Sunat Taubat. Panduan ringkas ini disusun langkah demi langkah sehingga selesai supaya kita semua mudah untuk memahaminya.

Artikel Berkaitan   Doktor Asal Mesir Ini Ungkap Rahsia Didalam Al-Qur’an yang Boleh Kembalikan Penglihatan 99% Dengan Izin Allah

Pertama sekali, mestilah bersihkan diri kita dahulu dan berwuduk. Bagi kaum lelaki, pakailah pakaian yang berwangi-wangian. Beristighfar beberapa kali sebelum memulakan solat. Seeloknya sehingga diri kita merasa tenang.

Bersolat

Cara solat sama dengan solat-solat lain berpandukan rukun-rukun sembahyang dan mengikuti syarat-syarat sahnya.

Niat Solat Taubat

“Usolli Sunnat Taubati Rak’ataini Lillahi Ta’ala”

Bermaksud: “Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taala” – niat dalam hati.

1. Selepas takbir, disunatkan baca doa Iftitah dan seterusnya baca surah al-Fatihah seperti biasa. Surah al-Fatihah adalah rukun.

2. Pada rakaat pertama, bacalah surah al-Kafirun. Kalau anda tidak menghafalnya, boleh baca Surah al-Ikhlas atau apa-apa surah yang anda hafal

3. Pada rakaat kedua, bacalah Surah al-Ikhlas.

4. Ketika sujud yang terakhir (pada rakaat kedua) baca doa Nabi Yunus a.s. selepas anda baca doa ketika sujud. Bacalah seberapa sebanyak seperti 10, 20 atau 30 kali. Bacaannya seperti di bawah.

“Laa Ilaha Illa Anta Subhaanaka Innii Kuntu Minaz Zoolimiin”

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah), Maha Suci Dikau, Sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim)”.

Pada ketika ini, dahi kita sedang menyentuh bumi. Kita berada dalam keadaan rendah diri sebagai hambaNya dan memohon keampunan daripadaNya. Sujudlah lama-lama.

5. Selepas memberi salam, beristighfarlah sebanyak mungkin samada 10 atau 100 kali. Seeloknya buatlah dengan ikhlas. Istighfar seberapa banyak yang kita nak sehingga hati kita merasa lemah. Selepas itu barulah berdoa.

“Astagh Firulaahal ‘A-ziim, Al-lazii Laa ilahaillaa Huwal Hayyul Qoyyuum Wa Atuubu Ilaih. Taubata ‘Abdin Zhoolimin Laa Yamliku Linafsihi Dhorron, Walaa Naf‘an Walaa Mautan Walaa Hayyaatan Walaa Nusyuuraa.”

Maksudnya: “Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aaku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan”.

Artikel Berkaitan   Rahsia Khasiat Daun Bidara Yang Ramai Orang Tak Tahu, Patutlah Dalam Perubatan Islam Digunakan Untuk Halau Jin

Doa Selepas Solat Sunat Taubat

6. Apabila berdoa, pastikan kita benar-benar sesal dengan dosa yang kita lakukan sebelum ini. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita. Sebagai permulaan, anda gunalah doa anda sendiri walaupun dalam Bahasa Melayu. Luahkan apa yang terbuku di hati. Merayu dan menangislah di depan Allah memohon keampunan daripadanya.

Bayangkan bahawa kita hanya ada satu saja peluang untuk memohon keampunan daripada Allah. Bayangkan bahawa Malaikat Izrail sentiasa bersiap sedia untuk jemput kita pulang. Jika kita dijemput, apa yang kita sempat minta daripada Allah lagi jika kita asyik mengangguhkan untuk bertaubat.

Setelah selesai berdoa, jangan terus pergi ke mana-mana lagi. Teruskan duduk diam di atas sejadah. Ambillah sedikit masa sehingga 10 minit untuk bermuhasabah diri kita. Fikirkan apa yang boleh kita perbaiki lagi selepas ini.

Tanda Hati Sudah Hitam

  1. Tidak merasa bersalah apabila melakukan dosa dan maksiat.
    2. Hilang kemanisan dalam melaksanakan beribadah.
    3. Susah untuk mendengar nasihat daripada orang lain.

Sahabat..Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Allah sangat suka hambanya sentiasa bertaubat memohon keampunan daripadanya.

Semoga panduan ringkas ini dapat membantu diri admin adan anda semua untuk melakukan solat sunat taubat nasuha dengan sebaik mungkin dan sempura.

Semoga Allah menerima taubat kita dan membersihkan jiwa-jiwa kita daripada kegelapan dosa dan maksiat masa lalu dan jauhinya di masa akan datang. Insya Allah.

Sumber: Majalah Ilmu dan Syafiqolbu