Di dunia ini, kita percaya bahawa tiada seorang pun yang bergelar ibu yang tidak sayangkan anaknya namun tetap akan ada kes ibu yang menyelamatkan anak-anaknya.
Tidak semua orang yang bertuah mempunyai ibu yang bertanggungjawab, baik dan penyayang terhadap anaknya. Dan ini termasuklah juga haiwan-haiwan lain yang hidup di muka Bumi ini.
Seperti 5 ekor anak harimau yang comel ini yang diabaikan dan tidak dipedulikan oleh ibu mereka sejak dilahirkan hingga sekarang. Kesemuanya dilahirkan dalam keadaan sihat dan baik tetapi ibu mereka kelihatan tidak mempedulikan mereka sejak lahir hinggakan penjaga zoo memikirkan cara untuk membantu anak-anak harimau tersebut.
Akhirnya mereka memutuskan untuk meletakkan seekor ibu anjing untuk cuba menggantikan ‘tempat’ ibu harimau untuk mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak harimau tersebut.
Walaupun begitu, pihak zoo juga sedikit bimbang dengan penerimaan anak-anak harimau terhadap ‘ibu angkat’ mereka itu dan juga bagaimana reaksi ibu anjing itu terhadap anak-anak harimau.
Namun, tanpa disangka-sangka anak-anak harimau kelihatan gembira dengan kehadiran ibu anjing tersebut walaupun mereka nampak sedikit takut pada mulanya.
Ibu anjing juga seolah-olah memahami keadaan anak-anak harimau tersebut dan dia mula rapat dengan mereka dan menjaga mereka dengan memberikan susu, makanan seperti anak-anak sendiri.
Anak-anak harimau sudah menganggap ibu anjing kerana ibu mereka hubungan mereka sangat rapat.
Selain itu, anak-anak harimau ini juga kelihatan semakin gembira dengan kehadiran ‘ibu angkat’ mereka dan menganggapnya sebagai ibu mereka sendiri.
Pengajaran yang kita boleh buat daripada ini ialah anak-anak yang kecil perlu diberikan kasih sayang yang secukupnya tanpa mengira siapapun dan jangan biarkan mereka dibesarkan tanpa kasih sayang.