Bagi Menghargai Jasa “Bantal Busuk”, Wanita Ini Jadikan Bantal Berkenaan Tetamu VIP Sempena Majlis Perkahwinan

Ramai antara kita yang masih menyimpan ‘bantal busuk’ meskipun sudah meningkat dewasa. Keakraban antara seseorang dengan bantal busuk ini tidak dapat dinafikan, sehinggakan seorang wanita menjadikan bantal busuknya sebagai tetamu VIP dimajlis perkahwinan.

Seorang pemilik akaun Twitter, @mammothjiro telah berkongsi foto dihari perkahwinannya dengan menunjukkan suasana dalam dewan perkahwinan yang disertai satu patung besar, yang juga adalah bantal busuk miliknya.

Bantal busuknya itu juga diletakkan pada kerusi paling hadapan dewan, sama tarafnya seperti tetamu-tetamu VIP yang dijemput.

Hantaran oleh pengguna Twitter ini nyata menarik perhatian warganet yang seakan tidak percaya dengan keobsesian wanita ini terhadap bantal busuk miliknya.

kredit era