BAHAYA MINUM KOPI 3 DALAM 1. “Memang Cepat, Mudah… Tetapi”

Manis, mudah dan cepat itulah alasan yang biasa kita dengar apabila ditanya tentang memilih minuman segera atau lebih dikenali sebagai kopi 3-in-1. Sejujurnya penulis juga ketagih dengan minuman segera ini, pasti tiap pagi penulis akan bancuh dan menggelarkan ia sebagai work boost. Kononnya ia membantu untuk penulis lebih tekun dan fokus bekerja lebih-lebih pada pagi Isnin. Tapi semua itu hanya konsep minda tanpa sedar ia sebenarnya memberi lebih banyak keburukan pada kesihatan fizikal.

Mungkin buat kali pertama untuk berhenti minum minuman 3-in-1 agak sukar kerana ia sudah menjadi tabiat tapi setelah anda tahu bahana yang bakal mendapat, pasti selepas ini anda ketepikan 3-in-1.

#1 Tenaga Palsu
Kandungan gula dalam setiap bungkusan minuman ialah 4.4 sudu teh gula atau kira-kira 80 kilo kalori! Jadi ramai yang menganggap minuman ini beri lebih tenaga padahal ianya kesan placebo yang sementara. Untuk mendapatkan tenaga yang sebenar ialah dari sumber makanan bukan minuman 3-in-1 yang penuh dengan gula semata-mata.

#2 Menghisap Darah
Sebarang kebaikan zat-zat besi tidak akan dapat diserap oleh badan. Minuman ini menyah segala bentuk zat besi yang diperlukan oleh badan. Tubuh yang kurang zat besi boleh membawa kepada masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.

#3 Perosak Organ Penting
Bahan oxalates penyebab utama si tegar 3-in-1 kerap ke tandas. Buah pinggang anda pun tidak dapat bertahan dengan pelbagai kandungan ‘perosak’ dalam minuman tersebut. Jaga-jaga ia juga boleh penyebab masalah batu karang.

 

#4 Penghidup Kanser
Kebanyakan makanan, minuman segera atau dalam tin akan mengandugi bahan kimia acrylamide. Menurut dari kajian kesihatan negara Belanda, toksik acrylamide dalam darah perlahan-lahan meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser rahim. Acrylamide toksik yang sama ada dalam rokok!

#5 Jangan Tertipu
Kebaikan kopi dalam setiap hirupan? Lupakan sahaja kerana kadar kopi dalam setiap bungkusan sangat sedikit dan tidak berkualiti. Kandungan minyak sayur hidrogenisasi faktor utama pengumpulan asid lemak tepu yang membahayakan kesihatan terus kepada obesiti. Begitu juga dengan bahan makanan polifosfat merosakkan tulang dengan kadar asid yang tinggi.

sumber: wanista

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuIndah