Bapa biarkan anak2 kencing di tempat pam tayar stesen minyak

Tinggal enam bulan lagi bagi menuju ke tahun 2020, tetapi masih ada segelintir individu yang kurang bertamadun dan mempunyai mentaliti kelas ketiga.


Hal ini terutama berkaitan dengan penjagaan alam sekitar yang perlu dipupuk sejak dari kecil bagi mewujudkan generasi lebih pembersih dari sebelumnya.

Namun berbeza pula bagi seorang bapa ini apabila membiarkan dua anak lelakinya membuang air kecil dalam ruangan cuci bahagian pam angin di sebuah stesen minyak.

Kisah hari ni…

Perkara itu dikongsi oleh seorang pengguna Twitter, Muhd Iril yang memuat naik sekeping gambar dengan menerima 560 ulang kicau serta 370 tanda suka netizen.

Menurut Muhd Iril, walaupun tandas awam hanya beberapa langkah dari situ namun si bapa seakan sengaja menyuruh kedua-dua anaknya ‘melepaskan hajat’ di ruangan berkenaan.

“Seorang bapa pergi pam tayar, dia biarkan dua anak dia kencing dekat tempat cuci tangan tu.
“Tandas 5 langkah je! Paling mengecewakan, no plat kereta dari negeri yang biasa buat hal,” tulisnya.
Rata-rata menyifatkan perbuatan ‘kencing merata’ itu adalah kotor dan menjijikkan serta menyalahi sikap lelaki tersebut.

Perangai apa macam ni?

Ewww!

Bapak yang salah!

Namun terdapat segelintir netizen cuba berfikiran positif yang beranggapan lelaki berkenaan mungkin dalam keadaan tergesa-gesa ketika itu.

Mungkin nak cepat kot…

Tegur depan2 jelah!