Batal Ibadat Haji? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli Mohamad

Masih terlalu awal untuk kerajaan membuat keputusan membatalkan ibadat haji ketika seluruh dunia, termasuk Arab Saudi berdepan dengan serangan wabak Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, beliau tidak mahu membuat sebarang keputusan lagi mengenainya, sebaliknya tertakluk kepada keadaan pada ketika itu.

“Perkara ini kita akan lihat waktu hampir sama (dahulu).

Maksud saya ketika mana hampir waktu haji, sekarang kita ada lebih kurang dalam empat bulan lagi.

“Jadi waktu itu mungkin kita doa pada Allah supaya wabak seperti ini sudah berlalu pergi,” katanya kepada pemberita selepas majlis tahnik ke atas lebih 40 bayi di Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin di sini, hari ini

Status Solat Jumaat

Sementara itu Kerajaan akan membuat keputusan sama ada solat Jumaat boleh diteruskan atau sebaliknya dalam tempoh terdekat ini.

Ini kerana, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, pihaknya masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kesihatan.

Katanya, walaupun Kementerian Kesihatan menyarankan agar program keagamaan ditunda dan beliau bersetuju dengan saranan itu, tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi.

“Saya setuju, tetapi perkara itu kita perlu perhalusi sedikit sahaja (lagi)..dalam beberapa satu dua hari lagi ataupun dalam beberapa jam, untuk kita bincang dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis tahnik di Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin di sini, hari ini.

Sumber : DuniaAkhirat

Artikel Berkaitan   Neelofa Dikatakan Punca Kenapa Abang Iparnya Keluar Dari Rumah? Neelofa Tampil Jawab lsu Noor Nabila.