“Bekas PU Tampil Dengan Imej Feminin,” Dakwa Diri Berubah Hanya Tuhan Yang Tahu

Terdahulu bekas peserta Pencetus Ummah Warren Fernandez atau nama Islamnya, Adam Warren Fernandez Abdullah, telah meluahkan rasa kekecewaan apabila perniagaan yang dijalankan bersama Zain Saidin, tidak menguntungkan.

Namun, nampaknya setelah meninggalkan program dakwah tersebut, imej Adam Warren sudah semakin berubah ke arah seakan-akan wanita.

Apa sudah jadi dengan PU Adam Warren?

Menerusi beberapa perkongsian gambar di laman sosial media miliknya, Adam Warren dilihat mengenakan solekan dengan bentuk badannya yang sudah nampak ciri-ciri kewanitaan.

Ilmu & agama bukan diukur berdasarkan imej

Namun, dalam satu hantaran di Facebooknya, sedar bahawa imej barunya mendapat pelbagai persepsi, kritika dan komen. Bekas peserta Pencetus Ummah itu menegaskan bahawa imej bukanlah sebagai pengukur sejauh mana ketakwaannya kepada agama.

Terdahulu, penghijrahan Adam Warren yang merupakan seorang muallaf telah menarik perhatian ramai, kisah pengislamannya menjadi inspirasi.

Namun, siapalah kita untuk mengadili seseorang itu, pokok pangkalnya terletak kepada diri sendiri. Ini kerana, ketakwaan seseorang itu hanyalah hak Tuhan untuk menghakiminya. Kita doakan yang baik-baik sahajalah.

Artikel Berkaitan   Gadis Ini Dibuang Gara Gara Disahkan Hamil Dan Terpaksa Kahwin Dgn Rider Utk Tutup Malu. Mengejutkan Lepas 2 Bulan Kahwin Tiba Tiba Doktor Bongkarkan Sesuatu Yg Buat Dia Terduduk