“Buat apa nak salam ayah?”- Dulu marah, tak hormat bapa kandung… peristiwa ‘telefon rosak’ terus buat wanita ini lupa segala d3ndam

MESKIPUN terkil4n dengan peristiwa silam ditinggalkan sewaktu kecil, namun wanita ini mengakui pernah menyimpan perasaan d3ndam terhadap bapa kandungnya.


Noor Farrah Nashira atau lebih mesra disapa Shira telah memuatnaik satu posting di laman sosial meluahkan perasaan mengenai kisah hidupnya ditinggalkan bapa sewaktu dia berusia empat tahun.

Sehingga kini, perkongsian itu telah menerima lebih dari 17,000 ulang kicau dan 25,000 tanda suka di laman Twitter.

Rata-rata netizen bersimpati dengan kisah silamnya terutama individu-individu senasib dengan Shira yang mana mereka meningg4lkan luahan di ruangan komen.

“Masa aku sekolah, aku selalu memberontak dengan ayah sampai satu masa ayah aku kem4langan lepas tu terus kena str0k. Aku tunggu tiga tahun lebih berharap ayah aku sihat macam dulu. Takdir Allah 23 Oktober ayah aku pergi buat selamanya. Aku ada masa ayah hembvskan nafas terakhir. Al-fatihah,” komen seorang netizen.

Posting Shira mendapat perhatian ramai.

“Baca tweet adik ni dengan apa yang dibalas semua baru akak sedar rupanya ramai yang senasib atau lebih kurang, my parents pisah masa akak masih dalam kandungan, first time meet my dad umur tujuh tahun sebab my sister perlukan dia as wali untuk nikah. Lepas tu tak jumpa dah until dah dewasa,” luah seorang lagi pengguna.

“Samalah kita, dulu aku benci ayah aku sebab dia gadvh dengan umi aku. Tapi bila dah besar dia tetap hantar duit belanja sekolah aku walaupun guna duit syiling,” pengguna lain pula berkongsi cerita.

Berkongsi ceritanya dengan mStar, Shira memberitahu kali terakhir dia bertemu dengan bapanya adalah sembilan tahun lalu sewaktu kenduri arw4h datuknya.

Shira meluahkan rasa k3sal apabila mengimbas kembali tindakannya pada waktu itu yang gagal menghorm4ti bapanya atas faktor usia yang masih muda.

“Last saya jumpa dia masa tingkatan 2, itu pun kenduri arwah atuk. Then sampai sekarang tak jumpa cuma contact dengan phone saja. Dia yang selalu cari saya sejak saya dah besar ni,” katanya.

Perkongsian Shira mengenai ayahnya tular di Twitter.

Menurut Shira, ketika masih kecil dan kedua-dua ibu bapanya belum berpisah, dia sangat rapat sangat dengan bapanya apatah lagi dia merupakan anak perempuan sulung dan zuriat pertama dalam keluarga.

Namun keakraban itu tidak kekal selepas berlaku perpisahan antara ibu bapanya.

“Masa saya sekolah rendah, dia datang majlis open house ibu saya jemput. Dia hulur tangan kat saya, ‘tak nak salam ayah ke?’ Lepas tu saya cakap ‘buat apa nak salam ayah’, sambil tarik muka dan beredar.

Dia mungkin bukan suami yang baik untuk ibu dulu, tapi dia pernah menjadi ayah yang baik untuk saya.

NOOR FARRAH NASHIRA.

“Masa kecil dulu, saya marah gil4 kat dia. Bila dah besar ni, dah boleh fikir barulah terasa salah. Saya minta maaf,” katanya.

Bagaimanapun, wanita berusia 23 tahun ini reda dengan perancangan tuhan dalam menentukan ajal, m4ut, jodoh dan rezeki.

Sehinggalah pada suatu hari dia terpaksa menelefon bapa kandungnya itu untuk urusan pernikahan dan mengetahui telefon bimbit bapanya rosak seolah-olah telah membuka hatinya untuk melupakan dendam yang terbuku dalam hatinya selama ini.

Shira kini bahagia dengan kehidupan keluarganya.

Kebetulan, tunangnya mempunyai kedai telefon dan dia terus meminta bapanya menghantar saja telefon tersebut untuk dibaiki secara percuma di situ.

“Tak tahulah kenapa terdetik rasa kesian. Walaupun nafkah ke apa ke dia tak pernah ambil tahu tapi apa guna family aku ada kedai phone tapi tak boleh tolong.

“Dia nak walikan aku kira syukur sangat dah,” luahnya di Twitter.

Shira berkata, tidak mudah bagi seorang anak untuk melupakan darah dagingnya sendiri walaupun individu berkenaan telah melukakan hati banyak pihak sejak dirinya kecil.

“Dia mungkin bukan suami yang baik untuk ibu dulu, tapi dia pernah menjadi ayah yang baik untuk saya.

“A bit shock untuk saya sedar dan faham akan apa yang terjadi yang ibu bapa saya ni berc3rai sembilan tahun lalu, sebab masa tu saya masih kecil. Tapi kita kenal bapa kandung kita.

“Sekarang saya bahagia dengan kehidupan sekeluarga. Walaupun jodoh ibu dan ayah tak berpanjangan, tapi Allah hadirkan papa dalam hidup untuk jaga saya, ibu dan keluarga,” ujarnya.

Shira menasihati orang ramai supaya sentiasa bersangka baik dengan perancangan Allah.

Anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini berkata dia tidak mahu ada mana-mana pihak yang terluka dengan kenyataannya kerana dia sekadar meluahkan apa yang terbuku di hati.

Namun, Shira berpegang dengan peribahasa ‘buang yang keruh ambil yang jernih’ kerana mahu memulakan penghidupan yang baru.

Malah, Shira menasihati pengikutnya di laman sosial yang senasib dengannya supaya sentiasa bersangka baik dengan perancangan tuhan kerana kedukaan yang ditanggung hari ini mungkin akan digantikan dengan kebahagiaan.

“Saya sebenarnya tak nak mana-mana pihak terasa hati sebab saya sayang semua keluarga saya. Terutamanya yang telah membesarkan saya. Tapi dia juga bapa saya. Lagipun, saya nak mulakan hidup baharu, dan saya tak nak berdendam dengan sesiapa pun.

“Selalulah bersangka baik dengan Allah. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah. PerancanganNya ialah sebaik baik perancangan. Shira doakan semua pengikut Shira dapat merasa betapa indahnya manis bersabar nanti. Semoga kedukaan yang senasib dengan Shira tanggung harini digantikan dengan kebahagiaan kelak,” tambahnya.

Semoga keduk4an yg korang tanggung harini digantikan dengan kebahagiaan