Burung Hantu Terlebih Berat Terpaksa Mengikuti Rutin Diet Selepas Tidak Boleh Terbang

ENGLAND – Gara-gara obesiti, seekor burung hantu tidak mampu terbang hingga perlu menerima rawatan di pusat perlindungan burung hantu di sini.

Burung hantu itu ditemui di tepi jalan disyaki telah dilanggar oleh kenderaan, lapor portal Scoopwhoop.

Burung hantu diberi nama Plump itu dijumpai oleh kumpulan penyelamat dan dipercayai sayapnya patah.

Dalam proses rawatan, Plump dikesan mengalami satu masalah iaitu berat badannya naik mendadak hingga dikategorikan obesiti.

Berat badannya naik sehingga 245 gram, kira-kira tiga kali ganda daripada berat normal bagi burung hantu mengakibatkan burung itu sukar terbang.

Menerusi entri di Instagram Suffolk Owl Sanctuary, difahamkan punca berat badan burung itu meningkat ekoran cuaca pada bulan Disember dan Januari (musim sejuk) hingga membuatkan habitat haiwan tersebut mempunyai sumber makanan yang banyak.

Bagi memastikan burung hantu itu selamat, kumpulan penyelamat terpaksa membuat jadual diet ekstrim untuk menurunkan berat badan Plump kepada angka lebih normal.

Selepas menerima rawatan diet dalam tempoh dua minggu, Plump akhirnya berjaya terbang semula.

Artikel Berkaitan   2 Janda Bersatu Jual Roti Canai, Pelanggan Datang Berderu-Deru Sampai Tak Cukup Tangan