Cara Nak Tampal Lubang Di Dinding, Nahh Lihatlah 5 Minit Dapat Lihat Hasilnya

Tip ini sesuai terutama untuk dinding simen atau dinding batu sahaja. Dinding papan pun kira bolehlah.


Bagi mereka yang gemar menghias rumah kemungkinan besar pernah berhadapan dengan situasi ini. Selepas gantung sana, gantung sini ketika mengubah kedudukan gambar-gambar di rumah, sedar-sedar dinding dah berlubang-lubang.  Jangan risau. Ini ada cara mudah untuk menampal lubang atau keretakan kecil pada dinding.

Ambil bedak dan campurkan dengan sedikit air. Nak lebih pekat, campur dengan tepung dan gaulkan hingga sebati.  Kemudian tuang atau tampalkan campuran tersebut ke dalam lubang dan ratakan supaya dinding kelihatan seperti asal.

Kaedah ini sangat sesuai untuk dinding yang bercat putih, kerana bedak itu pun biasanya warna putih.  Kalau untuk dinding yang warna lain tu anda kena lebih kreatif.  Mungkin campurkan dengan bedak kosmetik (isteri) yang sepadan warnanya dengan warna dinding.  Emm… bagi para suami, pastikan anda minta keizinan isteri tercinta anda terlebih dahulu ya.