“Cikgu Kerusi Saya Basah.” Bila Murid Ini Bangun Semua Yang Lain Bertempiaran Lari Keluar Kelas

Mula-mula murid tu mengadu kerusi dia basah. Bila dia bangun dari kerusi je, semua bertempiaran lari bila nampak “sesuatu” menakutkan. Allahu.

ULAR DALAM LACI MEJA

“Cikgu kerusi saya basah.”

Ini aduan seorag murid tahun 1 Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kuantan dekat sini, kepada gurunya sebelum menemui sesuatu yang menggemparkan seluruh sekolah.

Maklum dengan aduan anak muridnya, guru ini terus mengarahkan murid tahun 1 itu berpindah ke tempat lain.

Namun alangkah terkejut murid itu apabila melihat ada ular berlingkar dalam laci mejanya dan terus memberitahu gurunya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Kamil Hamadan berkata, sebelum kejadian jam 11.53 pagi Khamis lalu, kanak-kanak itu mengadu kepada guru bahawa tempat duduknya basah dan diarahkan bertukar tempat.

Bagaimanapun katanya, sebaik sahaja duduk di tempat baharu, kanak-kanak itu terlihat ular dalam laci meja dan terus memberitahu guru.
“Guru berkenaan mengarahkan semua murid keluar kelas dan terus menghubungi pihak bomba,” katanya.

Kamil berkata, lima anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian dan mendapati seekor ular jenis tiung berada di laci meja berkenaan.

“Bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 20 minit kemudian memandangkan jarak sekolah tersebut sejauh 25 kilometer dari Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Menurutnya, anggota berjaya menangkap reptilia itu denganm penjerut sebelum dilepaskan ke habitat asal yang selamat.

“Tiada mangsa tercedera dan keadaan dalam bilik darjah selamat selepas pemeriksaan dilakukan,” katanya.

Kejadian sama turut berlaku di Guangdong, China apabila seekor ular yang menyelinap masuk ke dalam sebuah kelas di China mencetuskan ‘huru- hara’ sehingga pelajarnya bertempiaran lari tetapi apa yang cikgunya lakukan amat mengejutkan.

Sumber: GPS Bestari

(Visited 2,972 times, 1 visits today)