Doktor Ini Kongsi Tip Buat Umrah Dan Sunnah Yang Betul Masa Minum Air Zam Zam. Tag Family Anda Yang Ke Mekah!

Seronok kalau dapat peluang buat Umrah dalam usia yang muda, apa lagi kalau dapat pergi bersama keluarga. Tetapi sebelum pergi buat umrah, kita kena lah cukupkan ilmu dan tip untuk mudahkan segala urusan sepanjang melakukan ibadah di sana. Jadi rasanya perkongsian Doktor Khairul Faizie ini sangat berguna untuk kekal sihat, cergas, sepanjang mengerjakan ibadah umrah.


Tip Buat Umrah

Selain perlu buat persediaan fizikal awal awal ( bersenam selalu supaya fit untuk tawaf, saie, dan sebagainya + ambik vaksin + jaga pemakanan), semasa di tanah suci, gunakan face mask jika perlu. Dan sentiasa minum air zamzam. Alhamdullilah, sepanjang aku buat umrah tahun lepas, memang langsung tidak batuk, selsema, sakit tekak. Dah balik Malaysia pun Alhamdullilah sihat.

Yang aku amalkan ialah, setiap kali masuk masjid, aku akan minum air zamzam terlebih dahulu. Selesai solat sebelum keluar dari masjid, pun mesti minum air zamzam. So at least, minum 2 kali setiap waktu solat. Kalau duduk iktikaf, tekak mesti kering sebab kita baca Al Quran, so bawak botol siap-siap isi air zamzam ( tak payah nak berulang alik ke tong air zamzam).

Dan paling penting, tahu sunah yang betul masa minum air zamzam. Setiap kali minum tu, berdoa lah bersungguh sungguh minta kesihatan ( dan lain lain). Mohon sihat fizikal & mental, sebab kadangkala mental koyak ( jadi malas nak turun awal iktikaf di masjid– ini rugi).

Paling syahdu kalau di Masjidil Haram. Sambil berdiri teguk air zamzam, kita menghadap kiblat… kita lihat Kaabah. Feeling yang tak boleh diungkapkan.

Jangan lupa bawa botol, tapau air zamzam dalam botol untuk bawak balik hotel. Minum air zamzam puas puas pula di hotel, atau masa dalam bas pergi ziarah luar.

Kalau cintakan syurga, buat extra kebaikan… tolong ambik kan air zamzam untuk jemaah di masjid. Masa kau mencangkung nak tadah air zamzam kat tong, ringankan tangan. Memang ramai yg hulur cawan kertas tu. Tak apa. Sabar. Tolong je . Ikhlaskan hati. Kalau time berbuka puasa, boleh tolong edarkan air zam zam utk jemaah. Ini semua boleh jadi asbab Allah kurniakan rezeki sihat kepada kita.

Adab Adab Minum Air Zam Zam Mengikut Sunnah Nabi SAW:

  • Pegang cawan / botol dengan tangan kanan.
  • Berdiri, menghadap kiblat, dan berdoa dengan doa yang di baca oleh Ibnu Abbas :

اَللَّهُمَّ اِنِّى اَسْأَلُكَ عِاْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشَفِيًا مِنْ كُلِّ دَاءٍ وَسَقِيْمًا

“Ya Allah ya Tuhanku! Daku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.”

(Hadis riwayat ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

Menurut riwayat, Ibnu Abbas ialah sahabat yang sangat tinggi pekertinya, mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.

  • Minum dengan tanaffus ( bernafas ) 3 kali.
  • Minum sampai rasa kenyang / puas

“Sesungguhnya tanda yang membezakan antara kita dengan orang-orang munafiq, sesungguhnya mereka tidak minum air zam-zam itu sehingga kenyang.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

  • Bila selesai, ucaplah Alhamdullilah

Semasa minum, perbanyakkan lah doa kita. Mohon lah apa sahaja, termasuk mohon rezeki sihat semasa di Tanah Suci.