Gabungan Rasa Masam & Manis Memang Umph-Resipi French Apple Tart Guna 4 Bahan

Rupanya tak susah mana kalau anda nak cuba buat pencuci mulut western yang sedap seperti French Apple Tart ini.


Cara membuatnya hanya memerlukan 4 bahan mudah iaitu roti canai segera, gula perang, epal hijau dan marjerin.

Gabungan rasa masam buah epal dan manis gula karamel sangat sedap dan sesuai. Penggemar dessert memang wajib cuba!

RESIPI FRENCH APPLE TART 4 BAHAN

Bahan-bahan:

  • 2 keping roti canai instant
  • 1/2 cawan gula perang atau gula pasir (80 gram)
  • 3 ke 4 biji epal hijau (masam)
  • 1 sudu setengah majerin atau butter (35 gram)

apple tart

Cara-cara:

1. Kupas kulit epal hijau dan buang bahagian tengah dan belah kepada dua bahagian. Ketepikan.

2. Dalam kuali, masukkan gula perang. Panaskan sehingga gula cair.

3. Bila gula dah cair, masukkan butter. Gaul sehingga sebati dan jadi seperti dalam gambar.

4. Ambil loyang yang sudah dilapik dengan baking paper. Tuang gula karamel tadi dan ratakan. Kemudian ambil epal tadi dan susun di atas gula karamel.

apple tart

5. Ambil roti canai segera, hamparkan ke atas epal. Buat sebanyak dua lapisan. Kemaskan sehingga tertutup rata.

6. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C selama 5 minit. Kemudian baru boleh bakar apple tart selama 20 minit hingga 30 minit.

7. Terbalikkan loyang ke dalam pinggan. Letakkan juga aiskrim vanilla di bahagian atas, sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

apple tart

Kredit: TikTok Che Sayang Kitchen