Gadis Tinggi Lampai Sukar Cari Jodoh, Akhirnya Memilih Suami Yang Jauh Lebih Rendah Darinya

Seorang wanita yang juga seorang model mengakui sukar mencari jodoh semasa zaman mudanya dahulu.

Emerald Van Langen dari Toronto, Kanada memiliki ketinggian 188 sentimeter bagaimanapun mengakui lebih gemar kepada lelaki yang mempunyai ketinggian lebih rendah daripadanya.

Beliau yang kini berusia 32 tahun menceritakan suaminya kini hanya mempunyai ketinggian 155 sentimeter, jauh lebih rendah daripada ketinggiannya.

“Sudah 11 tahun kami bersama. Sebelum jumpa dia, saya tak ada ramai kawan lelaki. Lelaki biasanya risau bila saya lebih tinggi berbanding mereka,” ujar Van Langen.

Semasa zaman kecilnya, beliau sering berlumba-lumba dengan kakaknya untuk menjadi lebih tinggi, dengan tidak meminum sebarang kafien. Usahanya juga berjaya dan kini mempunyai ketinggian lebih satu inci berbanding kakaknya.

Disebabkan ketinggiannya itu juga, beliau juga tidak suka memakai kasut tumit tinggi seperti kebanyakkan wanita lain.

kredit era

Artikel Berkaitan   Belajar Setakat Darjah 6, Saipol Azmir Jana Pendapatan Mencecah RM1 Juta Dengan Menternak Lembu