Haaa.. Penat Je Solat, Rupa-Rupanya Solat Tidak Sah Sebab Pakai Eyeliner, Ini Sebabnya Yang Perlu Wanita Tahu

Sudah satu trend kaum hawa dalam makeup adalah mengenakan eyeliner. Eyeliner dipakai dikatakan untuk mencantikan lagi mata, mata nampak lebih besar dan mata yang kuyu nampak lebih segar. Alat kecantikan ini sebenarnya sudah digunakan sejak dahulu lagi, di zaman Rasulullah juga sudah ada celak di mana ia digunakan untuk mencantikan mata dan membersihkan mata. Tetapi, celak hanya dipakai di bawah mata berbanding eyeliner di pakai di kelopak mata atas.


Namun begitu, eyeliner atau makeup yang digunakan kebanyakkan wanita kini selalu menyusahkan kaum hawa sendiri ketika mengambil wuduk. Kebanyakkan makeup dan eyeliner yang digunakan kaum hawa sukar untuk ditanggalkan.

Terdapat juga eyeliner dan barang makeup yang kalis air dan perlu dicuci menggunakan air khas. Umat Islam diwajibkan untuk menyempurnakan solat, dan solat yang sempurna itu bermula dari wuduk. Macam mana kalau wuduk yang selama ini kita ambil tidak sempurna hanya kerana eyeliner dan barang makeup yang kita gunakan?

Datuk Prof Dr. Muhaya Muhamad ada membincangkan tentang status wuduk itu sah atau tidak sah jika sisa makeup atau eyeliner masih melekat. Perkara ini sering diambil mudah oleh kaum hawa ketika mengambil wujud walaupun muka masih bersisa makeup dan eyeliner. “Tadi ada seorang patient datang nak check mata dengan saya. Kemudian dia nak bergambar walaupun dah siap bertelekung untuk sembahyang. Saya tengok matanya, dia dah siap berwuduk tapi eyeliner masih ada.

“Dia kata takpe Prof, orang kata boleh ambil wuduk macam ni. Jadi saya pun jawab tak boleh, tak sah wuduk. Eyeliner patient tu walau selepas dilap dengan tisu basah pun masih ada sisa yang tertinggal. Terpaksa pakai oil cleanser, barulah bersih dan sah wuduknya.” katanya. Sebenarnya ramai masih tidak tahu, kelopak mata atas adalah sebahagian anggota wuduk. Ada juga mengatakan pakai eyeliner ikut sunnah Nabi. Eyeliner dan celak sebenarnya perkara berlainan.

Celak dipakai di kelopak bawah mata dan kelopak bawah mata bukan anggota wuduk. Malah Prof Muhaja juga menegaskan walaupun produk kecantikan dijual di pasaran mendakwa produk mereka mesra wuduk tetap perlu dibersihkan dahulu sebelum mengambil wuduk. Kalau anda adalah salah seorang wanita yang suka makeup dan pakai eyeliner, bolehlah amalkan bawa sebotol minyak ke mana-mana untuk cuci makeup bersih-bersih. Pastikan tidak terdapat sebarang sisa makeup atau eyeliner sebelum mengambil wuduk.

Disebabkan nak cantik ramai yang mengambil mudah perkara ini, wuduk tak sah, solat yang dilakukan secara sia-sia. Sebagai wanita muslimah carilah barang makeup yang sesuai dan mudah untuk dicuci serta tidak menghalang air saat mengambil wuduk