“Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan,” Di Sarawak Masih Tenang Keluar Pergi Sarapan

Bermula 12 malam tadi bertarikh 18 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan telah berkuat kuasa serta merta, justeru orang ramai dinasihatkan berada atau mengelak daripada melakukan aktiviti yang melibatkan bilangan orang yang ramai.

Bagaimana pun, masih juga ada segelintir golongan yang degil dan tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, sedangkan ia semata-mata untuk keselamatan bersama.

Degil…! Tak takut virus ke?
Terbaru tular di Facebook, beberapa penduduk di salah sebuah daerah di Sarawak, masih lagi menjalani aktiviti harian mereka seperti biasa dengan sempat bersarapan di kedai makan.

Ramai2 pergi sarapan ke kedai
Dapat diperhatikan menerusi gambar yang dikongsikan, kedai makan dan warung masih lagi dipenuhi dengan orang ramai yang keluar untuk bersarapan.

Sarawak besar, sebab tu tak risau
Melihat sikap pentingkan diri dan kedegilan sesetengah masyarakat yang masih tidak cakna dalam mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan virus, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal mereka.

Patut boleh kena tangkap tu

Lepas ni jangan nak salahkan kerajaan, salahkan diri sendiri

Pihak kerajaan menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan adalah untuk kita mengurangkan aktivit luar, bagi mengurangkan gejala penularan. Namun, jika sikap seperti ini diteruskan, segala usaha ini menjadi sia-sia.

Sumber : Rosmerah

Artikel Berkaitan   Belacan - Petua Terbaik Untuk Pokok Cili Sihat dan Kuat Tanpa Penyakit!