Hentikan Memberi Anak-Anak Anda Dengan Makanan Segera Sosej

Barangkali semua orang tahu sosej adalah makanan yang lazat. Makanan berbentuk bulat panjang dan berwarna merah atau coklat ini terbuat dari daging, sama ada daging ayam, sapi, domba, ikan atau babi. Bahan tersebut dicincang, dihaluskan dan diberi bumbu, daging-daging tersebut kemudian dimasukkan ke dalam selongsong berbentuk bulat panjang simetris dimasukkan ke dalam selonsong berbentuk bulat panjang simetris, baik yang dibuat dari usus haiwan ataupun pembungkus buatan (casing).


Sosej juga dikenal berdasarkan nama kota atau daerah yang mengeluarkannya, seperti berliner (Berlin), braunscheiger (Braunshweig), genoa salami (Genoa), dan lain-lain.

Sosej digemari banyak orang, kerana selain rasanya lazat, makanan ini juga tergolong mudah disajikan. Bahkan kebelakangan ini ada sosej yang boleh terus dimakan tanpa perlu dimasak lagi.

Istilah sosej berasal dari bahasa Latin, yaitu “salsus”, yang ertinya garam. Hal ini merujuk pada erti potongan atau hancuran daging yang diawetkan dengan penggaraman.

 

Sudah pasti ramai antara kita diluar sana sukakan sosej, ada yang dijadikannya sebagai pilihan makanan santai, ada yang jadikannya sebagai menu makanan harian dan pelbagai lagi.

Jenis Sosej

Kramlich (1971) membahagikan sosej menjadi enam kelas. Sementara itu, Forrest et al (1975) membagi sosej menjadi enam kategori berdasarkan cara pembuatan yang digunakan oleh pabrik, yaitu: sosej segar, sosej asap-tidak dimasak, sosej asap-dimasak, sosej masak, sosej fermentasi, dan daging giling masak.

Sosej segar dibuat dari daging segar yang tidak dikuring. Penguringan adalah suatu cara pengolahan daging dengan menambahkan beberapa bahan seperti garam natrium klorida (NaCl), natrium-nitrit, natrium-nitrat, gula, serta bumbu-bumbu. Sosej segar tidak dimasak sebelumnya dan biasanya tak diasapi, sehingga sebelum dimakan.

Sosej masak dibuat dari daging yang telah dikuring sebelum digiling. Sosej jenis ini dimasak dan biasanya diasapi. Daya simpannya lebih lama daripada sosej segar. Contohnya, frankfurter dan hot dog.

Dilihat dari jenis dagingnya, sosej dapat terdiri dari beberapa macam, yaitu sosej lembu, sosej ayam, dan sosej babi. Akhir-akhir ini daging kambing juga telah digunakan sebagai bahan baku pembuatan sosej.

Artikel Tulisan Dr Zubaidi Hj Ahmad

Makanan ini memang disukai oleh kanak-kanak, malahan juga orang dewasa, sehingga ianya dijual meluas sehingga ke pasar malam atau di pasar raya.

Namun, satu artikel yang menarik perhatian admin di mana ia ditulis oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad yang menjadikan artikel yang dikeluarkan oleh American Cancer Society sebagai rujukan, di mana katanya kekerapan memakan sosej boleh mengundang risiko untuk terkena kanser terutamanya leukamia.

Jom kita baca apa yang ditulis oleh beliau.

Makanan segera sosej sememangnya menjadi kegemaran ramai tidak kira dalam kalangan kanak-kanak mahupun dewasa.

Ada beberapa fakta yang membuatkan kita berhati-hati sebelum mengambil sosej.

1) Kandungan bahan-bahan kimia di dalam setiap isi kandungan sosej. Sebagai contoh:

*Nitrite, Heterocyclic Amines (HCAs), Kandungan garam yang tinggi, Gula, High MSG, Pewarna, Pengawet

2) Banyak kajian saintifik membuktikan ia mengandungi bahan-bahan yang boleh membawa risiko kepada kanser terutama kanser usus colon dan pancreas

3) Bagi kanak-kanak yang sering makan sosej melebihi 12 batang setiap hari selama sebulan, meningkat risiko untuk mendapat kanser, terutamanya leukaemia.

4) Ibu hamil yang memakan sosej lebih pada sebatang setiap minggu akan meningkatkan risiko kemudaratan pada bayi dalam rahim.

5) Meningkatkan risiko serangan sakit jantung.

Seeloknya cuba kurangkan dan elakkan pengambilan makanan seperti ini.

Sumber: siakapkeli.my

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuIndah