Penemuan seekor ikan gergasi dari dalam laut yang ditemui di persisiran pantai Mexico telah dikaitkan dengan petanda gempa bumi bakal berlaku.
Ikan aneh yang mempunyai panjang empat meter ditemui seorang jurutera aquakultur, Fernando Cavalin bersama rakannya, David de Zabedrosky.

Menerusi foto yang tular, mereka berdua dilihat memegang ikan yang sudah mati dan sedikit mereput itu dikawasan air cetek.
Penemuan ikan dari laut dalam itu sama sekali dikaitkan dengan teori ancaman gempa bumi atau banjir besar yang akan berlaku. Kejadian sama pernah berlaku pada 2011 dimana ikan yang dari laut dalam ditemui terdampar dikawasan pantai, beberapa hari sebelum kejadian gempa bumi melanda Fukushima.

Bagaimanapun, saintis masih lagi mengkaji penemuan ikan berkenaan dan tiada amaran gempa bumi dikeluarkan buat masa ini.
ATENCIÓN | Tres Pez Remo Varan esta semana en distintas zonas del Océano Pacífico: San Bernardo, Leite, #Filipinas, Playa Murciélago, Manta, #Ecuador y Pichilingue, BCS, #Mexico. (Julio 2020).
Fuentes Locales. pic.twitter.com/erqH1jqz5x
— ⚠David de Zabedrosky🌎 (@deZabedrosky) July 19, 2020
kredit era