“Isyhhh Kesiannya!” Kambing Lahir 2 Mata Di Mulut, Berderu Orang Kampung Datang Memujanya

Seekor anak kambing dilahirkan dalam keadaan pelik di Bihar, India apabila kedua-dua anak matanya berada dalam mulut.

Anak kambing berwarna hitam putih itu diberikan nama Kid telah menjadi perhatian ramai khasnya penduduk setempat yang mahu memuja anak kambing berkenaan.

“Sejak Kid lahir, orang ramai mula berkerumun di rumah saya dan mahu memujanya. Kami terpaksa menghalang kerana Kid masih stres.

“Penduduk kampung menganggapnya sebagai satu keajaiban Dewa dan mereka percaya ia harus dipuja,” katanya.

Keadaan anak kambing itu adalah dikenali sebagai Cyclopia, iaitu keadaan bila kedua-dua hemisfera gagal terpisah semasa berada dalam kandungan induk ibu.

Ini menyebabkan pembentukan soket mata tunggal atau kecacatan pada wajah boleh terhasil.

Untuk rekod, haiwan yang dilahirkan seperti ini biasanya tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Misalnya, anak kambing mata satu pada tahun 2017, hanya mampu untuk hidup seminggu selepas ia dilahirkan.

kredit era

Artikel Berkaitan   Video Yb Hishammuddin Hisap Vape Semasa Tengah Live Di Parlimen Terima Kecaman Hebat