“Jangan sampai dah tahap don’t care anymore” – Penunggang Motor Terbabas Sebab Diarah Beri Ruang Escort VVIP

Lebuhraya kalau waktu peak hour ni memang ada risiko untuk kemalangan, inilah saat pemandu dan terutamanya penunggang motosikal harus berhati-hati memandangkan ruang begitu terhad.


Rasa kesian bila melihat seorang penunggang motorsikal ini terbabas gara-gara memberi ruang untuk golongan VVIP lalu.

Accident disebabkan ni “

Menurut perkongsian daripada @tevanraj, kejadian itu berlaku di Lebuhraya Salak menghala ke Lebuhraya Persekutuan. 

Ramai warganet malah kerana sikap selfish golongan ini di atas jalan sehingga mengabaikan pengguna jalan raya lain kerana telah menyebabkan kemalangan.

Kata warganet ini lagi, gara-gara golongan VVIP ini jugalah menjadi penyebab pengguna jalanraya lain tersekat lagi sejam diatas jalan.

Hampir 7,000 orang yang retweets perkongsian ini menzahirkan rasa bengang mereka di media sosial, ada yang menceritakan pengalaman mereka sendiri mengalami situasi sebegini. Ada juga yang hampir kemalangan gara-gara diarahkan berhenti ketika diatas lebuhraya.

Escort bagai tapi datang majlis lambat juga – Netizen

 
 

Hurm, jalan sempit kot sebab tu terjatuh. Sabar je lah. Bila lah kereta terbang nak keluar ni.