Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Yang Tak Perlu Tunggu Pencen! Ramai Yang Masih Tak tahu . . Wajib Bace!! Mohon Share . .

“DUIT dalam KWSP tu boleh ke kita keluarkan masa masih muda ni?” – soalan yang sering di tanya . . .


“Boleh bro….”

Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.

#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Ada 2 jenis pengeluaran iaitu pengeluaran penuh akaun 2 atau pengeluaran sebahagian akaun 2.
Cara-caranya ialah dengan membawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL) atau Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran iaitu pengeluaran kesemua Simpanan atau Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu) atau Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan) atau Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan.

Cara-caranya ialah dengan membawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)/Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran iaitu dengan kesemua Simpanan atau Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu) atau Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan) atau Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan.

Cara-caranya ialah dengan membawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL) atau Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Cara-caranya dengan membawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL) atau Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP atau Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima) Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#5. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability).

Cara-caranya ialah dengan membawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9L (AHL), membawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar/Bukan Pakar (Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta), Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#6. Pengeluaran Meninggalkan Negara

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia.
Cara-caranya ialah dengan membawa Passport, Permit Kerja, Bukti Penamatan Kerja, Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL), Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#7. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli/anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Cara-caranya dengan Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL), Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar/Bukan Pakar (Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta), Bawa Surat Tawaran Belajar, Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal, Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian, Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan), Bawa Borang Temuduga, Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian, Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian, Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Cara-caranya dengan Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL), Bawa Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen, Bawa Bukti Pengesahan Taraf Pesara, Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#9. Skim Pelaburan Ahli

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Cara-caranya ialah dengan membawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)

#10. Pengeluaran Membina/Membeli Rumah

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Cara-caranya ialah dengan memBawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL), Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan), Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun), Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan), Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual/pemilik tanah, Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Cara-caranya dengan memBawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL), Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli

#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Cara-caranya dengan memBawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9P (AHL), Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

*Maaf. Buat masa ini tiada pilihan untuk keluarkan duit KWSP jika nak ubahsuai rumah. Tapi kalau nak buat juga perlu kreatif sikit. Pilih pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan tapi duit yang dapat tu buat saving untuk tujuan ini.

#13. Pengeluaran Kematian

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama/wasi/pentadbir pusaka/waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Cara-caranya dengan memBawa Sijil Kematian Ahli, Bawa Kad Pengenalan Diri Pemohon dan isi Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL), Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli/membina rumah.

#15. Pengeluaran Kesihatan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan/atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Cara-caranya ialah memBawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL), Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan, Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan, Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit, Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit, Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar/Discaj Wad (Final Bill) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#16. Pengeluaran Haji

Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.

Nota: Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.

Sumber: katakpisang

Via:kakifollow

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuindah