Jom Cuba Masker Pisang Berangan Ini Untuk Kulit Mulus Tanpa Berparut. Senang Je!

Kulit muka yang bermasalah sememangnya satu igauan ngeri buat sesiapa sahaja. Ada yang sampai malu nak keluar rumah, ada yang hilang keyakinan diri dan tak kurang yang membenci penampilan diri sendiri.


Dah cuba pelbagai jenis dah produk penjagaan kulit muka yang ditawarkan di pasaran, namun tak juga masalah itu selsesai. Rasa penat sangat kan? Apa kata anda cuba masker rawatan kulit muka yang dikongsikan oleh Rusmida Rusdi.

Apa yang menariknya, masker yang diamalkannya menggunakan buah pisang berangan sebagai bahan campuran bersama bahan-bahan yang lain. Jom ikuti perkongsian di bawah untuk mengetahui lebih lanjut menenai bahgaimana mahu menghasilkan masker berasaskan pisang berangan.

MASKER RAWAT KULIT JADI MULUS TANPA PARUT, LEBIH CERAH.

Nak kulit muka sihat, cerah dan sentiasa BERSINAR, korang patut cuba. Rasa nak sentuh sentuh je pipi selalu tau.

Bahan-bahan:

  • 1/2 pisang berangan
  • 3 titis Serum ( untuk cepat resap dalam kulit )
  • 1/2 sudu kecik kulit kayu manis
  • 1 sudu kecik madu
  • 1 sudu air masak

Cara-cara:

  1. Lenyek pisang, campur madu, kulit kayu manis tu parut boleh tumbuk pun boleh.
  2. Last letak serum untuk cepat resap masuk kulit.
  3. Cuci muka dan tangan.
  4. Apply kat muka. Biarkan 15-20minit kat muka. Bilas. Akan rasa best sangat muka akan lebih mulus dan cerah.

KHASIAT:

Pisang

  • Ada vitamin A,B, E yang penting untuk kulit lebih segar dan mulus.
  • Buang sel sel kulit mati yang lambatkan pembaruan sel kulit baru.
  • Cerahkan kulit muka.

Madu

  • Kulit lebih halus bila di pegang lebih lagi campur dengan pisang.
  • Lembap kan kulit yang kering.
  • Cerahkan kulit dan sekatakan tona kulit.
  • Remajakan kulit dari nampak tua.

Kulit Kayu Manis

  • Menghilang garis halus.
  • Menghilangkan parut hitam atau putih.
  • Mencerahkan kulit.
  • Menghilangkan jerawat.

Serum

  • Tujuan serum menambahkan penyerapan berganda dari khasiat bahan lain.
  • Remajakan kulit.
  • Khasiat bergantung atas bahan dalam serum.

Sumber : Rusmida Rusdi