Kajian Buktikan Suara Ibu Ada “Kuasa” Untuk Bangunkan Anak Walaupun Tidak Sebut Nama

Kajian dijalankan keatas 176 kanak-kanak, berusia 5 hingga 12 tahun, menunjukkan mereka lebih senang bangun jika terdengar suara ibu sendiri, berbanding dengan bunyi penggera keselamatan.

Dr. Mark Splaingard yang merupakan salah seorang ahli dalam kajian ini berkata kanak-kanak secara semulajadi amat susah untuk bangun daripada tidur berbanding dengan orang dewasa.

Kajian tersebut yang diterbitkan dalam Journal of Pediarics, dijalankan dengan menggunakan tiga suara berbeza, termasuk suara ibu kepada kanak-kanak ini. Tambah lagi, kajian menunjukkan ibu tidak perlu pun memanggil nama penuh anak untuk mengejutkan mereka, cukup sekadar bunyi suara sudah memadai.

Penyelidikan ini dijalankan oleh Centre for Injury Research and Policy and the Sleep Disorders di Hospital Kanak-kanak Nationwide di Columbus.

Sumber: Metro

Artikel Berkaitan   Ebit Lew Tidak Teruskan Sumbangan Ke Pulau-Pulau Semporna Gara-Gara Akan Didenda RM100 Ribu Dan 3 Tahun Penjara