Kajian Membuktikan Ibu Yang Kerap Berleter Punca Anak Lebih Berjaya

Jika suami atau anak kompelin kita ibu yang suka mendesak dan membebel, jangan ambil hati. Teruskan saja walaupun anak-anak mungkin rimas mendengarnya. Percayalah anak akan berterima kasih pada kita kemudian hari.


Sememangnya ibu-ibu di seluruh dunia, tidak kira bangsa apa pun, selalunya suka berleter. Jadi, sikap ibu itu dikira normallah. satu fakta yang kita perlu tahu, berleter dapat mengurangkan tahap ketinggian darah. Maksudnya, jika penghidap darah tinggi, selalu berleter bagus untuk mereka selain dapat mengurangkan tekanan! Cuma, biasalah kadang-kadang kita tak larat mendengarnya.

Ssetiap kali kena leter, cuba fikir sebentar sebab apa kita dileteri? Selalunya ibu akan berleter selepas dipesan banyak kali, tetapi kita masih tak buat. Ataupun sudah dilarang buat sesuatu, tetapi kita masih buat lagi. itu puncanya.

Tidak ada ibu dalam dunia ini yang tiba-tiba tengok muka kita sahaja, terus berleter. Asal berleter sahaja, tengok muka kita. Jadi, elakkan buat perkara yang ibu larang ataupun tak suka. Contohnya bilik bersepah, suka bergayut telefon dan sMs, katil tidak berkemas, tuala sidai merata-rata, badan berpeluh terus berbaring di atas sofa, semua ini sikap-sikap yang boleh menyebabkan ibu tidak suka melihatnya.

Apa yang perlu dibuat? ubah sedikit demi sedikit sikap kita. Mula kumpul baju kotor di dalam bakul, bangun tidur sahaja, kemas katil dahulu. Rupa-rupanya ada juga orang yang malas kemas katil sendiri. Apabila ditanya, “Kenapa tak kemas katil?” Dia dengan selamba boleh menjawab, Relaks la, esok nak tidur lagi, buat apa kemas?” Kalau macam itu, baik jangan mandi, sebab nanti berpeluh lagi. Baik jangan berus gigi, nanti selepas makan kotor lagi. Baik jangan gosok baju, nanti berkedut balik.

Sebabnya menurut kajian yang dikendalikan Universiti of Essex di England anak yang didesak ini berkemungkinan besar lebih berjaya berbanding anak daripada ibu yang tidak berbuat demikian.

Letak standard lebih tinggi

Sejak tahun 2004 hingga 2010 penyelidik telah mengikuti kehidupan 15,500 gadis remaja berumur 13 dan 14 tahun. Dari penelitian itu mereka mendapati anak dengan ibu yang suka mendesak selalunya meletakkan standard tinggi kepada anak dan lebih ramai anak ini berjaya melanjutkan pengajian ke kolej dan memiliki gaji besar.

Satu lagi bonus menjadi ibu suka mendesak ini,anak kurang terjebak dengan masalah sosial seperti hamil luar nikah. Jadinya punya ibu suka mendesak dan berleter ini ada kebaikannya. Mak-mak jadikan ini sebagai alasan kuat untuk terus membebel.

APA YANG PERLU DIBUAT SELAIN BERLETER?

Jika kita inginkan kerjasama yang berpanjangan, kita perlukan perancangan. Tidak ada penyelesaian segera dalam proses keibubapaan. Semuanya memerlukan usaha, pertimbangan yang teliti dan kesabaran yang tinggi.

Buat perancangan dengan anak. Jemput anak untuk sama-sama menyelesaikan masalah secara diplomasi. Anak-anak harus diajar kesan dan akibat perbuatan mereka ke atas dirinya, keluarga dan orang sekeliling. Tidak perlu tunggu sehingga anak remaja untuk membincangkannya. Anak kecil juga faham jika kita menggunakan bahasa yang mudah mereka fahami.

Adakan peraturan dalam rumah. Sentiasa berbincang tentang peraturan yang ada. Jika anak tidak ikut peraturan ada kesan dan akibatnya. Ini juga harus dibincangkan dari awal bersama-sama dengan anak bukannya dibuat secara rawak apabila anak melakukan kesilapan.

Apa pandangan anda dengan artikel ini? Komen di bawah: