Kalau Pergi Pasar Jumpa Situasi Macam Ni Pada Peniaga, Janganlah Berkira Sangat, Mereka Kais Pagi Makan Pagi

Suatu pengalaman yang dikongsikan oleh netizen yang sungguh menyentuh hati…


Ya memang betul, kebanyakan orang kita terlalu berkira-kira semasa nak membeli sesuatu barang di pasar tetapi tidak pernah berkira-kira sewaktu berbelanja di restoran ‘fast food’ yang terkenal mahupun menjamu selera di restoran mewah.

Namun, dengan makcik-pakcik jual sayur buah dekat pasar, tawar menawar sampai nak nang1s penjual tu… Allahu, tidak pernah terfikirkah kita berapa sen sangat yang mereka untuk setakat jual sayur dan buah tu?

Mereka hanya mencari rezeki untuk menyara hidup keluarga sekadar untuk tidak berlapar je. Bukannya mereka dapat membina rumah banglo atau membeli ‘wellfire’ dengan berniaga macam tu…

Marilah, mulai hari ini kita lebih bermurah hati dengan golongan peniaga @ penjaja kecil seperti ini… Ingatlah, tangan yang memberi jauh lebih baik daripada tangan yang menerima…

Siapa tahu suatu hari nanti orang lain pula yang akan tolong kita di saat-saat memerlukan dek hanya kerana sedikit IHSAN kita kepada mereka…

Original message;

Jika ke pasar pagi nak mencari keperluan dapur… ikan segar mahupun sayur kampung… bila terlihat seperti ini… Jangan la pilih yang cantik.. patahkan hujung sayur tu.. tak mahu tinggalkan begitu saja…pastu tawar menawar dengan mereka.

Kerana mereka berniaga bukan untuk kaya tetapi sekadar untuk cukup makan setiap hari sahaja. Kalau hotel/restoran mahal boleh pulak kata ‘keep the change’, apakah tiada rasa belas ihsan kepada insan sebegini?

Sepatutnya dengan mereka ini harga RM 2.00 pun bagilah, kalau ada lebih dan jangan ambil baki… tak perlu berkira sangat pun…

kredit sumber; Amir Zarith