“Kesian Anak Saya Minum Air Ada Sarung Tangan” Pesan Minuman Dalam Plastik, Pelanggan Kecewa Kecuaian Kedai

JURU – Seorang pelanggan yang membuat pembelian pandu lalu di sebuah restoran makanan segera kecewa apabila menjumpai sarung tangan plastik dalam minuman yang dipesannya di sebuah Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di sini.

Pelanggan enggan dikenali itu berkata, dia membeli set lengkap makanan, namun sebaliknya menjumpai sarung tangan plastik dalam minuman tersebut.

Dia yang menghubungi restoran itu sebanyak 50 kali turut kecewa apabila gagal membuat aduan berikutan panggilan tidak terjawab.

“Beli set makanan, dalam iced lemon tea ada ‘glove’ plastik sebab beli pandu laju. Kalau tak, dah tengok mesti macam-macam hal jadi.

“Kesian anak saya minum air ada sarung tangan. Apa kes cuai macam ini,” katanya dalam statusnya di Facebook sebelum dimuat naik Facebook Penang Kini.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut menarik perhatian ramai yang meminta pelanggan berkenaan membuat laporan menerusi laman web restoran tersebut.

Netizen dikenali, Nur Farahin Jasimin berkata, dia pernah melalui situasi sedemikian dan bersyukur ia berjalan lancar.

“Saya pernah buat report ‘direct’ dalam laman web dan sehari selepas itu, pengurus cawangan menghubungi saya untuk bertemu dan menggantikan semula kerugian tersebut.

“Mereka juga meminta maaf atas kecuaian staf dan saya berharap puan boleh membuat aduan menerusi laman web mereka,” katanya.

Kata MeeRa, “Kemungkinan ada staf simpan sarung tangan dalam cawan itu, secara tiba-tiba staf lain ambil cawan dan isi air. Boleh jadi.”

Nur Aqmar pula berkata, “Pernah kena, lain dipesan lain yang dapat, cukup sekali kena, malas nak pergi lagi.”

Artikel Berkaitan   “Peristiwa Seperti Ini Pernah Dilaluinya Pada Zaman British, Penularan Wabak Taun, Ketika Itu Tiada Solat Jumaat”