Kisah Seorang Ulama Yang Kasihkan Kucing Mendekatkan Diri Kepada Allah Dalam Beribadat

Al-Imam Ibnu Khallikan rahimahullah telah menghikayatkan tentang kisah seorang Imam agung iaitu Al-Imam Abu Al-Hasan Thohir bin Ahmad bin Baba Syaz al-Nahwi bahawa pada suatu hari beliau bersama dengan sebahagian para muridnya sedang makan di atas Sutuh (Tingkat paling Atas) di sebuah Masjid di Mesir .

Tiba-tiba datang seekor kucing lalu mereka menjamu kucing tersebut. Kucing tadi mengambil makanan lalu berlalu. Tidak lama kemudian datang kembali dan dilempar makanan kepadanya sekali lagi. Kucing itu mengambil dan berlalu.

Perkara ini berlaku berkali-kali , maka al-Imam dan para muridnya berasa pelik lalu mereka terus mengikuti ke mana Kucing tadi membawa makanannya .

Mereka mendapati bahawa kucing tersebut membawa makanan tadi ke kawasan runtuhan rumah dan di atas Sutuh rumah itu terdapat kucing yang buu ta dan diletakkan makanan tadi didepan kucing tersebut. Kesemua mereka taajub melihat peristiwa itu . Maka berkata al-Imam Baba Syaz rahimahullah :

” Jika kucing yang buu ta sebegini pun Allah taala tidak mensia-siakannya , maka bagaimana pula dengan Aku? ”

Mulai saat itu, beliau terus mengasingkan diri, mening galkan jawatannya yang besar ketika itu serta terus mengikuti ahwalnya sehinggalah beliau wafat pada bulan Rejab tahun 469 Hijriyyah .

Perkataan Baba Syaz itu adalah bermaksud Kegembiraan.

[Gambar : Saya bersama seekor kucing dihadapan Masjid dan Madrasah An-Nasiriah di Syari’ Muiz Li Dinillah Kaherah.

Madrasah inilah tempat menuntut Ilmu al-Imam Badruddin Ibnu Jamaah rahimahullah .]

sumber; Nazrul Nasir

Artikel Berkaitan   POHON SAHABI, Tempat Nabi Muhammad Saw Berteduh yang masih hidup sampai sekarang