Kucing Jadi Popular Di Media Social Gara-Gara Corak Badannya Macam Panda

Seekor kucing kini menjadi sensasi di laman sosial selepas mempunyai bulu pada wajahnya yang menyerupai seekor panda.

Kucing berwarna putih hitam itu tiba-tiba menjadi terkenal selepas ada yang berkongsikan videonya sedang duduk berehat atas bonet kereta di Chengdu, China.

Menurut individu yang dipercayai merakamkan video kucing terbabit, Mr. Jiang berkata sejak video itu dikongsikan ramai mendakwa kucing itu adalah “kucing paling hodoh yang pernah dilihat mereka.”

Klip video yang dikongsikan menerusi platform Douyin, sebuah aplikasi China seakan TikTok, telah menarik lebih 64 ribu pengikut menerusi akaun Cat From The Hostel.

Disebabkan rupanya seakan-akan seekor panda, maka kucing itu diberikan nama panggilan ‘Panda’.

kredit era

Artikel Berkaitan   Bangga Dapat Lahirkan Anak Sehebat Neelofa, Aksi Spontan Mak Neelofa Buat Netizen Tergelak Sekali