Laki Dan Wanita, Sekiranya Anda Rasa Salah Satu Daripada Tanda-Tanda Ini Di Jantung, Jangan Sesekali Ambil Remeh

Bila sakit dada, ramai yang mengaitkannya dengan jantung bermasalah. Tapi ia tak semestinya begitu. Ia juga mungkin bermakna ada organ lain yang bermasalah.

Dr. Hafizah menerangkan jenis-jenis sakit ada dan punca kesakitannya. Ketahui juga tanda-tanda sakit dada yang paling bahaya termasuk untuk wanita.

Tahukah anda bukan semua sakit dada (chest pain) bermakna anda ada serangan jantung?

Selain jantung, struktur lain yang ada di dada termasuk -salur pemakanan -paru-paru-salur darah -otot selangka -tulang rusuk -payudara -bahagian atas perut/pankreas -kulit luar/saraf kulit. Banyak kan?

Apa yang beza dengan sakit jantung

So apa yang membezakan punca sakit dada ini dari jantung? Pernah tak doktor tanya anda ‘sakit tu rasa mcm mana, menekan,menyucuk,pedih,panas,dll? Hah,soalan inilah yang membezakannya selain tempat sakit tu di mana. Bkn busy body tau!

Ok, kite mulakan dengan jenis sakit dan organ/struktur yg mungkin bermasalah.

Sakit dada akibat masalah dalam kulit

Sakit pedih di bahagian kulit walaupun tanpa disentuh. Ini mungkin disebabkan masalah dalam kulit sendiri. Contoh,luka,nanah,ruam eczema,ruam chicken chop eh chicken pox. So,cuba check betul-betul ada tak kawasan merah, bengkak, berair. Kalau ada,insyaAllah bukan jantung.

Next, sakit yang dtg bila gerakkan tangan/badan atau bila ditekan kuat.  Yg ni paling kerap berlaku dan paling tak bahaya sebab hanya masalah otot di dada. Ha, lain kali kalu rasa sakit cuba tekan, jika lagi sakit, confirm bukan jantung tau!

Sakit ada ada kaitan dengan paru paru

Sakit yang datang tiba-tiba dan sukar bernafas? Ini mungkin berkaitan dengan paru-paru samada kebocoran paru-paru (pneumothorax) atau saluran darah paru-paru tersumbat. Bahaya tak? Extremely dangerous guys! So cepat jumpa doktor tau..

Akibat jangkitan kuman

Sakit dada yang datang secara perlahan,bertambah sakit bila tarik nafas? Ini mungkin disebabkan jangkitan kuman dlm paru2 atau selaput paru2.. Bahaya? Ye,perlu jumpa doktor..

Esophageal Reflux

Sakit dada jenis pedih dibahagian tengah,terasa seperti menaik ke tekak disertai rasa masam dan sendawa banyak? Ini juga kerap berlaku.. Ini dipanggil “esophageal reflux” di mana asid dr perut tertolak naik ke atas menyebabkan iritasi pada saluran pemakanan..

Gastrik

Sakit pedih di hulu hati dan rasa loya,muntah? Ini mungkin penyakit radang perut/gastritis/gastrik..
Bahaya? Boleh jadi bahaya jika lapisan perut menipis dan pecah.

Ini untuk perempuan

Bagi perempuan pula,sakit dada dibahagian payudara boleh jadi bengkak susu,nanah,susu tersumbat. Ingat,sebarang benjolan pada payudara adalah TIDAK normal! Umum tahu,kanser tidak sakit dan orang selalu tak ambil peduli sehingga sudah melarat. Pastikan periksa sendiri payudara anda!

Paling bahaya

Yang terakhir, sakit dada jenis menekan, berat dibahagian tengah atau kiri disertai dengan – peluh sejuk, sejuk kaki tangan, susah nafas, berdebar, pening (dizzy), pitam,  melarat ke tangan,leher, belakang INI DARI JANTUNG!

Jika anda tanda sakit yang menyerupai masalah jantung seperti di atas, jangan lengah, terus ke kecemasan bukan klinik swasta!

Ingat,time is life! Serangan jantung perlu dirawat segera dengan ubat khas dan perlu ada team yang bersedia menghadapi situasi krisis.

Mereka yang berisiko

Siapa yang berisiko? Semua yang menghidap mana-mana  penyakit di bawah..

– kencing manis
– darah tinggi
– kolesterol tinggi
– penyakit buah pinggang
– sejarah keluarga
– perokok
– kegemukan
– umur lebih 40 tahun tapi trend terkini usia bukan lagi faktor utama.

Sumber: Dr. Hafizah MD(UPM)

(Visited 515 times, 1 visits today)