
Perkara yang paling merungsingkan bagi wanita yang belum berkahwin adalah bila lambat datang bulan. Malah ada juga yang tergolong dalam individu yang datang bulan setahun sekali saja. Mungkin ia kedengaran agak pelik, memang ada juga yang mengalami permasalahan sebegitu.
Namun, mereka tidak tahu apa yang menyebabkan mereka mengalami permasalahan seperti itu. Bagi yang sudah berumahtangga, mungkin bila mereka dapati mereka lambat datang bulan sudah pasti ia seperti berita gembira bagi yang sangat mengharapkan kehadiran anak. Bila diperiksa mengunakan urine test (UPT) keputusan malah menunjukan keputusan negatif. Perkara sebegini boleh membuat kekeliruan pada empunya badan.
Selalunya kitaran haid akan sentiasa hadir setiap bulan dan sentiasa teratur kemudian tiba-tiba haid anda terhenti dan mula tidak teratur. Sudah pasti ia menjadi tanda tanya dan mereka buntu untuk mencari apa penyebabnya haid menjadi tidak menentu. Memetik laman womenshealthmag.com, berikut beberapa sebab haid anda menjadi tidak teratur.
1.Stress
Tahukah anda, punca utama haid terganggu adalah disebabkan stress. Perubahan gaya hidup secara mendadak itu juga boleh mempengaruhi aktiviti seharian anda dan sedikit sebanyak menganggu kitaran haid anda juga. Seeloknya jangan terlalu stress jika tidak mahu perkara sebegini berlaku. Bukan hanya itu, hormon GnRH juga akan kurang dihasilkan oleh badan semasa sedang stress. Ia juga boleh menjejaskan proses menstruasi dan ovulasi anda.
2.Terlalu aktif semasa melakukan senaman
Mungkin segelintir individu yang kerap melakukan senaman untuk menguruskan badan serta dalam perancangan diet. Tubuh badan juga akan mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri akan perubahan ini. Haid mungkin akan lambat datang dan mungkin akan memakan masa beberapa bulan sebelum dapat menyesuaikan pada tubuh anda.
3.Obesiti
Sekiranya berat badan anda menaik secara mendadak, anda sepatutnya mesti pandai mengatur cara pemakanan anda secara perlahan-lahan supaya tidak terlalu mengejut. Jika tidak, ia boleh menganggu keseimbangan hormon dan pada masa yang sama ia juga boleh menganggu kitaran haid anda juga.
4.Perjalanan yang jauh
Sekiranya anda seorang yang kaki travel dan akan memakan masa yang lama menuju ke destinasi yang hendak ditujui, kemungkinan besarperubahan musim, persekitaran, zon dan waktu juga menjadi penyebab utama terganggunya kitaran haid.
5.Pre-Menopause
Mature Woman Experiencing Hot Flush From Menopause
Sebelum anda masuk ke peringkat Menopause atau lebih kepada putus kitaran haid anda akan terlebih dahulu melalui fasa pre-menopause. Pada ketika itu juga, kadar haid anda akan mula berkurangan dari segi jumlah harian. Tempoh datangnya juga tidak menentu tidak normal seperti kebiasaannya.
Seandainya anda sedang mengalami perkara sebegini, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah sentiasa dalam keadaan yang bertenang. Dapatkan pemeriksaan dari doktor pakar bagi mendapatkan nasihat serta berkongsi permasalahan yang anda hadapi.
Sumber: Bukanaku