Lelaki Ini Kongsi Resipi Mini Pancake Lain Dari Biasa

Bagi yang dah bosan makan pancake cara biasa, jom kita buat cara luar biasa sikit. Resipi ‘Mini Pancake’ ini dikongsi oleh Encik Khairul Abdullah.


Menurutnya, anak-anak pun teruja makan cara begini. Sesuailah untuk ibu ayah yang nak tambat selera anak-anak yang susah nak makan.

CARA BUAT MINI PANCAKE YANG MUDAH & SEDAP

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu segar/full cream/low fat atau apa sahaja
  • 1 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar baking powder
  • 1 biji telur
  • 2 sudu butter yang telah dicairkan
  • 1 sude kecil esen vanilla jika ada

Cara-cara:

1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Masukkan dalam botol bermuncung atau ziplock dan gunting lubang kecil.

2. Panaskan non-stick pan dengan menggunakan api paling kecil.

3. Picit dan titikkan bancuhan ke dalam kuali ikut saiz yang disukai. Biar sampai keluar bubble/berlubang (sekitar 1-2 minit) dan balikkan sekitar 1-2 minit juga.

4. Siap. Boleh nak makan dengan susu macam cereal, boleh juga nak letak butter dan maple syrup, boleh letak aiskrim dan apa sahaja yang manis.

Kredit: Khairul Abdullah