Masak Macam Ni Memang Padu Betul-Resipi Sambal Tempoyak Petai Bilis Sedap

Biasanya bila buat Sambal Tempoyak, anda akan guna cili padi. Tapi menerusi perkongsian saudari Fairuz Abu Hassan beliau menunjukkan cara-cara membuat Sambal Tempoyak Petai Bilis yang sedap menggunakan cili besar.


Ha…Walaupun stok cili padi tiada di rumah, masih boleh masak sambal sedap ni tau. Tak payah susah hati kalau bahan tak lengkap, masih boleh masak lagi ya. Anda semua bolehlah cuba. Pasti makan nasi bertambah-tambah.

CARA MASAK SAMBAL TEMPOYAK PETAI BILIS SEDAP

BAHAN-BAHAN:
Tempoyak
8 biji cili besar – dikisar
7 biji bawang merah – dikisar
4 ulas bawang putih (ambil yang kecil sahaja untuk elak lebih rasa bawang putih) – dikisar
Petai yang siap dikupas
Ikan bilis yang telah digoreng 
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan yang dikisar dengan minyak gorengan ikan bilis tadi.


2. Masak sampai agak-agak kering.
3. Masukkan tempoyak. Gaul sebati.


4. Masukkan ikan bilis dan petai. Perasakan dengan gula dan garam dengan secukupnya.


5. Masak sambal hingga pekat. Siap dan sedia untuk dihidang.


6. Jika mahukan sambal yang kelihatan berminyak, boleh masukkan lebih sedikit minyak masak sewaktu menumis.

Kredit resipi & foto: Fairuz Abu Hassan