Mengegarkan Dunia, Muzium Di Turki Kembali Semula Menjadi Masjid Undang Kritikan Antarabangsa

Istanbul: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan Hagia Sophia, satu daripada keajaiban seni bina dunia, akan dibuka semula kepada umat Islam sebagai masjid.

Bagaimanapun, pengisytiharan itu yang dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turki menarik balik status monumen berkenaan sebagai muzium, menimbulkan kemarahan masyarakat Kristian dan negara jiran, Greece.

Dalam ucapannya, Erdogan berkata, solat pertama di Hagia Sophia akan berlangsung pada 24 Julai.

“Dengan izin Tuhan, kita akan bersolat Jumaat bersama pada 24 Julai dan membuka semula Hagia Sophia kepada penganut Muslim.

“Seperti masjid yang lain, pintu Hagia Sophia juga akan dibuka luas kepada penduduk tempatan serta warga asing, Muslim dan bukan Muslim,” katanya yang memberi jaminan itu seperti dilapor AFP.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Makin Ramai Pelanggan Rupanya Ada Minah Salleh Dari Itali Tebar Roti Canai