Menjadi Yatim Di Usia 5 Tahun, Kerja Sebagai Guard Pada Usia 14 Tahun- Remaja Kembali Bangkit & Kini Terima Anugerah Cemerlang

Terkadang kita sangka kehidupan kita sudah cukup susah namun jika dilihat sekeliling kita, sebenarnya ada yang lebih hebat dugaannya.


Persis kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang pelajar yang sangat tabah dikenali sebagai Adik An yang mana Seawal 5 tahun sudah menjadi anak yatim, sebelum bertukar menjadi yatim piatu pada usia 14 tahun.

PERJALANAN KISAH HIDUP ANAK Y4TIM PIATU BERNAMA MOHD FARHAN ROSLEE

Mohd Farhan Roslee – 16 Tahun

SMK Sg. Layar Sg. Petani, Kedah.

Jiwanya kosong, sekosong-kosongnya. Kehilangan ayah pada usia 5 tahun telah merubah jalan hidupnya. Emak yang berniaga kuih dan nasi lemak kecil-kecilan akhirnya jatuh sakit seterusnya memaksa dia berhenti sekolah ketika darjah enam.

Pada masa ini rakan-rakan sebaya sedang menikmati keindahan alam remaja di bangku sekolah, dia sudah bersengkang mata dan memakai pakaian seragam sebagai pengawal keselamatan di KTM Sg. Petani selama lebih setahun dengan gaji RM40 sehari. Kini dialah yang mengambil tanggungjawab menyara kehidupan mereka. Emak yang diserang str0ke tidak mampu lagi bekerja seperti dulu kerana msalah kesihatannya..

Suatu hari dia dikejarkan ke hospital akibat apendiks dan doktor memutuskan dia harus menjalani pembedahan kecemasan. Di masa yang sama, emaknya dimasukkan ke wad kerana masalah kesihatan yang semakin memburuk. Emak di wad tingkat atas dan dia pula di wad tingkat bawah. Bangunan yg sama.

‘Syurga’ Pergi Menghadapi Ilahi Tanpa Diduga

4 hari di wad, akhirnya emak pergi mengadap Illahi. Dalam usianya 14 tahun, dia, abang, kakak dan adik perempuannya pun ternobat yatim piatu.

Lebih menyayat hati, saat emak menghembuskan nafas terakhir dia tiada di sisi kerana tidak sedarkan diri akibat pembedahan kali kedua.

Bahkan dia bukan saja tidak sempat menyaksikan perjalanan terakhir emak ke liang lahad, memberikan kucupan terakhir untuk emak pun tidak sempat kerana dia masih belum sedar.

Sebaik dia sedar dan dimaklumkan emak telah pergi, hanya Allah sahaja yang tahu betapa piIu dan hancurnya hati. Sejak itu, saban malam dia menangis di wad. Menangis kesedihan mengenangkan emak yang telah pergi dan mengalami kesakitan akibat pembedahan.

Dia dirujuk kepada Kak Pah. Kak Pah menziarahi dia di wad. Menceritakan pada dia tentang kehidupan di rumah anak yatim. Hanya satu soalannya…

” Kalau saya duduk rumah anak yatim, bolehkah saya sekolah semula? Saya nak sekolah …. “

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Keluar wad, kakaknya menghubungi Kak Pah. Memaklumkan rumah mereka berteduh sebelum ini sudah dilelong bank. Kakak, abang dan adik perempuannya memilih untuk tinggal bersama saudara-mara tetapi dia meninggalkan rumah pusaka itu kerana terlalu sedih mengenangkan kenangan arwah emak.

Kak Pah menghubungi dia tapi dia memberikan alasan meminta masa seketika sehinggalah satu hari Kak Pah mendapat mesej yang sangat baik dari dia. Penuh kesedihan dan kekecewaan. Kak Pah dan staff rumah anak yatim bergegas ke rumahnya.

Merindui Emak Yang Tiada Penghujungnya

Sungguh hiba melihat keadaan dia yang sudah terbaring di tilam usang selama seminggu dalam keadaan sakit akibat kesan pembedahan. Tanpa makan minum yang sempurna. Mengharapkan ehsan seorang kawan semata-mata yang tinggal di kawasan itu.

Rumah yang sudah dipotong bekalan air dan letrik itu sudah tidak layak dihuni kerana kotor dan semak. Kata jirannya, mereka juga tidak tahu dia ada di dalam rumah itu yang kelihatan sunyi sepi. Dia dipapah keluar dari rumah itu sehelai sepinggang dalam deraian air mata.

Dikalung Anugerah Khas Atas Jati Diri Yang Tinggi, Tahniah Adik An!

Hari ini dia menerima Anugerah Khas daripada pihak sekolah atas tingkah lakunya terpuji dan jati dirinya yang berusaha untuk bangkit semula walaupun telah dua tahun terpakai dalam persekolahan.

Anugerah ini bukan saja sungguh bermakna buat dia, bahkan buat kami semua warga rumah anak yatim yang selama ini tidak jemu memberikan dia dorongan dan harapan.

Sama-sama kita doakan, semoga Dik An akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Adik An

Penulisan tersebut nyata membuatkan ramai yang seb4k begitu membacanya, betapa hebatnya dugaan yang menimpa Adik An, Malah dia tempuh dengan tabah dan cekal.