Mesti Selalu Perasankan, Kenapa Ada Orang Badan Kurus Tapi Perut Buncit, Inilah Punca Sebenar Jadi Macam Tu

Mesti ada diantara kita yang memiliki tubuh kurus tetapi masih ada lemak degil sana sini. Apa punca terjadinya lemak ini sedangkan anda kurus?


Kepada sesiapa yang mempunyai situasi seperti ini, jaga-jaga.. Ini kerana iyer boleh mengundang risiko pelbagai penyakit yang anda tidak sedar. Jangan ingat anda berbadan kurus, anda sihat.

Menurut pakar di New York, Lauren Klien, ramai individu yang berbadan kurus kelihatan normal tetapi apabila melakukan pemeriksaan kesihatan, pelbagai penyakit yang dihidadi individu tersebut.

Cara paling mudah untuk anda tahu sama ada anda mempunyai lemak atau tidak, lihat sahaja di sekitar perut anda. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor yang menunjukkan anda tidak sihat walaupun anda mempunyai badan yang kurus.

Kalau anda mempunyai simptom-simptom di bawah, bertindaklah dengan segera.

  1. Tidak pernah melakukan senaman mahupun olahraga selepas tamat persekolahan.
  2. Sering mengambil makanan manis sehingga mengakibatkan anda sukar untuk fokus, pelupa dan mempunyai konsentrasi yang rendah.
  3. Jarang mengambil makanan yang mengandungi protein.
  4. Bahagian perut jauh lebih besar berbanding bahagian tubuh yang lain.
  5. Pola pemakanan yang kebanyakannya terdiri daripada karbohidrat dan sering mengambil makanan yang diproses atau gula secara berlebihan.
  6. Berasa pening setelah melakukan olahraga.
  7. Mudah berasa penat dan kurang bertenaga.

Agak-agak anda ada simptom diatas? Jika tiada, tahniah kerana anda sihat! Kalau ada pula, jumpa doktor untuk mengetahui tahap kesihatan anda.

Sumber: Health Kompas