Miss Malaysia Konon Nak Kantoikan Airasia, Staff Tenang Sahaja Gambar Mereka Diambil, Akhirnya Dia Pula Kena Kecam Dengan Netizen, Ini Cerita Sebenar!

Tak kisah lah macam mana hebat atau terkenalnya seseorang itu, yang penting sekali kita kena hormat setiap orang tanpa mengira pangkat. Lagi-lagi pekerja yang sedang berkhidmat menjalankan tugas mereka.

Macam yang tular baru-baru ini, tindakan peserta  ‘Miss Malaysia International’ yang dianggap keterlaluan pada netizen. Sabee Chin telah memuatnaik video di laman Facebook miliknya tentang sikap ‘kurang ajar’ staff Air Asia selepas dia mendarat.

Dia telah memuatnaik beberapa video dia memarahi staff Air Asia yang tidak membenarkannya menggunakan tandas ketika pesawat ingin mendarat.

Menurutnya, dia ada meminta izin daripada krew kabin yang bertugas tetapi permintaan itu ditolak dengan sopan oleh mereka. Tandas itu sebenarnya ditutup dan sebab itu dia diminta untuk kembali ke tempat duduknya.

Kali kedua, dia sekali lagi bertanyakan hal yang sama dan tidak diendahkan oleh krew yang bertugas kerana sudah dijelaskan sebelum ini. Kalau nak diikutkan, semasa pesawat nak mendarat memang tak dibenarkan untuk gunakan tandas.

Gangster AirAsia ⚠️My goodness ! How come Airasia got this kind of stuff??? The behaviour, the attitude and the way she speak to a passenger… and even another passenger too.事情是这样的, 差不多飞机要landed时,我就去后面的厕所,但是发现后面没有厕所。 我就走到最前面的厕所,也有一个passenger在我前面等了很久。于是我就问这个空姐。她的回答: sorry , the toilet is closed. Cannot be use. And please go for your seat. (态度是非常 非常差)我:如果很及呢?就不能通一通吗?她: (不回答,也当我存在)我: hello, 有听到吗?她: 你们回去坐 没得上了 会听吗?(就骂了我和另一个passenger)然后我就录了她 然后要给airasia complain department 的 , 哪里知道她还回来录回我!TMD! 什么空姐来的? 晕!然后出来时 全部airasia的人出来拦着我们不给我们回! 还骂我们! 还动手动脚!

Posted by 敏感的阿業雞湯 on Tuesday, 22 October 2019

Dan bukannya Sabee Chin sahaja yang tidak dapat menggunakan tandas tetapi penumpang yang lain pun sama juga. Disebabkan itu, dia mengamuk di dalam penerbangan dan memaki hamun staff Air Asia.

Artikel Berkaitan   Kajian Membuktikan Minum Sambil Berdiri Akan Cepat Haus. Oh Ini Tidak Bercanggah Dengan Sunnah Nabi!

“Sampaikan dia masuk ke ruangan peribadi kakitangan staff Air Asia dan menyerang staff itu dengan menunjal muka pramugari itu dengan telefon.”

Dia juga siap gertak untuk ajukan masalah itu kepada bahagian perkhidmatan pelanggan Air Asia. Selepas mendarat, dia terus mengambil video staff-staff itu sambil memarahi mereka.

Tapi pujian harus diberikan kepada staff Air Asia yang kekal tenang dan bersikap profesional semasa bertugas. Selepas memuatnaik video itu, dia menerima banyak kecaman daripada netizen kerana sikapnya yang kurang ajar itu.

Semua video tersebut telahpun dipadam dan semalam dia telah membuat permohonan maaf menerusi video ‘live’ di Facebook miliknya itu.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa. Apa-apa pun, staff Air Asia ni memang ‘cool’ je layan kes penumpang macam ni.

Sumber: Lobak Merah