Mohd Zulfadli Raih RM11,250 Sebulan Jual Daging, Inilah Manfaat Daging Arnab Yang Ramai Tidak Tahu

Bekalkan 250kg arnab sebulan


Manis! Ya, begitulah reaksi peminat-peminat daging arnab setiap kali menjamah daging tersebut sambil melakukan mimik muka yang menggambarkan keenakan.

Lebih enak apabila daging tersebut dijadikan sate, burger, rendang atau sekadar digoreng.

Penulis juga merupakan salah seorang penggemar daging arnab dan tidak dinafikan, penulisan ini bakal mengundang ketidakselesaan kepada pembaca.

Bunyinya seolah-olah peminat daging arnab merupakan individu yang kejam kerana tergamak menghidangkan haiwan berbadan gebu dan berbulu lembut itu di atas meja.

Hal ini kerana masyarakat mengklasifikasikan arnab sebagai haiwan peliharaan ibarat memakan daging kucing, kata Muhammad Zulfadli Zahir, 29, yang merupakan pengurus ladang ternakan daging arnab, Good Tree Garden.

Tahukah anda bahawa lagomorf atau lebih dikenali sebagai arnab merupakan sejenis haiwan liar?

Tidak seperti kucing, sifat arnab sebenarnya lebih suka bergerak bebas dan tidak gemar dibelai melainkan ia telah dilatih.

Selain itu, daging arnab pula sangat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

Ia rendah kolesterol, lemak, kalori dan lemak tepu di samping daging tersebut mempunyai kadar protein dan kalsium yang tinggi, ujarnya ketika ditemui Kosmo! di ladangnya di Sepang, Selangor.

Sungguhpun begitu, industri daging arnab kurang mendapat sambutan terutamanya di Malaysia kerana kurang pendedahan.

Muhammad Zulfadli telah menguruskan ladang ternakan daging arnab seluas 1.2 hektar itu sejak tahun 2013.

Good Tree Garden berfungsi sebagai ladang ternakan d4n pusat penyelidikan arnab. Syarikat tersebut turut bekerjasama dengan Persatuan Penternak Arnab Amerika (ARBA) dan Persatuan Sains Arnab Dunia (WRSA).

Baka

Pihaknya menternak hampir 2,000 ekor arnab daripada tiga jenis baka iaitu New Zealand White, Californian dan arnab kampung.

Baka arnab lain tidak sesuai untuk pedaging kerana kebanyakannya mempunyai bulu lebat dan tulang besar namun kuantiti dagingnya kurang, jelasnya lagi.

Arnab di ladang Good Tree Garden diberi makan palet, rumput gajah dan jerami sebanyak 200 gram sehari.

Ladang tersebut bertindak sebagai pembekal daging arnab kepada pembeli utama seperti Restoran Haji Samuri di Kajang yang terkenal dengan satenya serta industri perhotelan dan peruncitan.

Daging arnab dijual melalui dua kaedah iaitu arnab hidup atau siap disembelih dan dibungkus ke dalam paket serta dibekukan. Harga satu paket sekilogram daging ialah RM35 (bertulang) dan RM45 (tanpa tulang).

Berkenaan proses penyembelihan, ladang tersebut mengenakan prosedur ketat misalnya, penyembelihan hanya dilakukan dua kali sebulan dan dihadkan sebanyak 100 ekor dalam satu masa.

Arnab yang disembelih berumur dalam lingkungan tiga hingga empat bulan atau ia mencapai berat dua kilogram ke atas.

Seperti haiwan lain, arnab juga mempunyai carta umur. Contohnya, arnab berumur satu minggu bersamaan dengan bayi berusia setahun. Arnab berumur setahun pula bersamaan dengan remaja berusia 21 tahun.

Menurut Muhammad Zulfadli, Good Tree Garden bakal membangunkan rumah penyembelihan khas dan lebih teratur untuk arnab dalam masa terdekat. Pihaknya ketika ini sedang menunggu kelulusan daripada Majlis Perbandaran Sepang.

Permintaan terhadap daging arnab adalah tinggi. Kami menyasarkan untuk membekalkan daging arnab sebanyak satu tan sebulan.

Setakat ini, bekalan paling maksimum dapat kami hasilkan hanyalah 250 kilogram sebulan.

Oleh itu, kami tidak mampu memenuhi permintaan tersebut kerana beberapa faktor seperti kekurangan tenaga kerja, bilangan penternak dan juga produktiviti arnab itu sendiri, ujar Muhammad Zulfadli yang memberitahu, baka daging arnab terbaik ialah Californian, New Zealand White, Beveren dan Palomino.

Lazimnya, ibu arnab mampu melahirkan anak sebanyak empat hingga 12 ekor. Arnab New Zealand White mampu melahirkan lapan hingga 12 ekor dengan kadar lapan kali dalam setahun.

Kesuburan

Kadar kelahiran juga bergantung kepada beberapa faktor seperti cuaca dan tekanan yang menjejaskan kesuburan arnab.


Sate arnab mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Suhu memainkan peranan penting kerana jika arnab berada dalam kepanasan, tahap kesuburan haiwan itu menurun sebanyak 50 peratus. Suhu yang paling sesuai ialah di bawah 30 darjah Celsius.

Hal ini kerana arnab mempunyai bulu tebal dan tidak mengeluarkan peluh atau haba, ia mengeluarkan peluh melalui pernafasan.

Apabila arnab bernafas laju seperti tercungap-cungap, ia menggunakan tenaga yang banyak di samping tidak lalu makan atau mengawan serta tidak baik untuk kesihatan.

Sebagai penyelesaian, pihak ladang tersebut memantau suhu sekeliling dengan memasang kipas dan bumbung teduhan untuk mengurangkan haba.

Mengenai pemakanan arnab pula, kebanyakan orang pasti mengaitkan haiwan tersebut dengan lobak merah. Hakikatnya, lobak merah dan buah-buahan ibarat gula-gula dan tidak menyihatkan.

Di ladang tersebut, arnab memakan palet, rumput gajah dan jerami sebanyak 200 gram sehari.

Sementara itu, Penolong Presiden Persatuan Penternak Arnab Malaysia (MRBA), Aisyaturridha Abdullah, 36, menyarankan supaya usahawan berani menceburkan diri dalam industri tersebut.

Hal ini kerana penternak kecil berasa sukar untuk mendapatkan bekalan daging.

Good Tree Garden mampu membantu usahawan-usahawan muda ini, katanya yang memberitahu, daging arnab kini mendapat perhatian negara jiran seperti Brunei dan Singapura.

Tambahnya, pihaknya akan meluaskan empayar dengan mengeksport daging arnab ke luar negara menjelang tahun depan.

Menariknya, Good Tree Garden juga bakal menjadi pusat agropelancongan yang memperkenalkan baka-baka arnab baharu dari Amerika Syarikat dan Eropah.

Terdapat haiwan-haiwan lain yang dibawa masuk seperti burung unta, rusa serta pelbagai spesies burung. Ia mengaplikasikan konsep zoo mini atau petting zoo iaitu pengunjung bukan sahaja melihat malah memberi makan kepada haiwan-haiwan tersebut.

Simposium

Sementara itu, pihak Universiti Malaya dengan kerjasama MRBA telah menganjurkan Pameran dan Simposium Arnab Antarabangsa buat kali kedua di Kompleks Perdana Siswa universiti tersebut pada bulan Mei lalu.

Acara yang berlangsung selama dua hari itu merupakan pameran arnab terbesar di samping menghimpunkan penternak dari seluruh negeri dan mempamerkan baka-baka arnab mereka.


Beginilah rupa daging arnab yang telah siap diproses.

Umumnya, arnab mempunyai lebih 40 jenis baka namun hanya 18 jenis yang diperkenalkan dalam pameran tersebut. Antaranya Netherland Dwarf, Holland Lop, Mini Rex, English Angora, English Spot dan Tan.

Netherland Dwarf merupakan arnab yang paling kecil di samping salah satu baka terkenal selain Holland Lop dan Mini Rex.

Pameran yang diadakan bukan sahaja bertujuan untuk memperkenalkan baka baharu bahkan mengeratkan hubungan antara penternak dan penyelidik arnab di Malaysia, Amerika Syarikat dan Indonesia.

Salah seorang penternak arnab yang berasal dari Rawang, Selangor, Muhammad Afdhal Syofyan, 29, berkata, dia menceburkan diri dalam bidang tersebut atas dasar hobi.

Kakak saya ada membela Netherland Dwarf dan Mini Rex menyebabkan saya menjadi begitu tertarik pada kedua-dua baka ini. Saya mula membelanya sebagai satu hobi.

Kemudiannya, idea untuk menternak arnab datang secara tidak langsung dan secara perlahan-lahan saya mempelajari selok-belok bidang ini, katanya yang sibuk membetulkan postur badan arnab.

Tambahnya, dia begitu tertarik dengan Netherland Dwarf dan Mini Rex kerana bentuk badan serta bulunya. Mini Rex mempunyai bulu lembut ibarat baldu.

Penjagaan

Muhammad Afdhal yang telah menternak arnab sejak tahun 2013 itu memberitahu, penjagaan haiwan kecil seperti arnab dan hamster tidak memerlukan kos yang banyak.

Berbanding haiwan peliharaan lain, arnab tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Makanan arnab juga murah kerana ia memakan sayur-sayuran hijau, jelasnya.

Muhammad Afdhal juga turut menyertai pertandingan dan pameran berkaitan arnab. Selain itu, dia menjualnya di kedai-kedai haiwan peliharaan. Ia merupakan penglibatannya yang kedua pada pameran tersebut.

Menurutnya, harga arnab berbeza-beza bergantung kepada baka, berat dan saiz badan. Misalnya, Mini Rex berharga RM180 hingga RM800 seekor – Kosmo Online

Arnab hasil perniagaan besar

SARIKEI: Barangkali tidak ramai menyangka, arnab yang kebiasaannya dijadikan haiwan peliharaan berpotensi dikembangkan menjadi perniagaan menguntungkan melalui program penternakan berskala besar.

Dengan hasil jualan mencecah RM50,000 sebulan, Meriamah Abdullah, 42, kini boleh bangga dengan pencapaiannya sebagai pengusaha penternakan arnab terbesar di Sarawak, dengan produk keluarannya bukan hanya bagi menampung keperluan domestik, bahkan pasaran eksport.

Beliau mula menceburi bidang penternakan arnab lima tahun lalu dengan membuka Gold Rabbit Farm di Jalan Termedak, Meradong di sini.

“Bermula dengan hanya lima ekor arnab betina dan seekor arnab jantan, populasi ternakan kami kini mencecah lebih 5,000 ekor dari pelbagai baka, termasuk New Zealand White, California dan Chincilla,” katanya ketika ditemui, di sini baru-baru ini.

Dalam tempoh lima tahun sahaja beroperasi, Ladang Gold Rabbit Farm berkembang pantas dan kini pembekal utama produk berasaskan arnab di Bumi Kenyalang.

PIHAK ladang itu kini giat mempromosi industri ternakan arnab di Sarawak bagi membantu mereka memenuhi permintaan tempatan.- Foto Harun Yahya
“Kini, kami tertumpu kepada jualan arnab hidup yang dijual dengan harga RM30 sekilogram, namun kami juga ada menjual daging arnab yang siap diproses dengan harga RM48 sekilogram” katanya yang berupaya membekalkan 2.5 tan arnab setiap bulan.

Mariamah berkata, syarikatnya kini mula mengorak langkah baharu dengan membuka sebuah pusat jualan, Gold Rabbit Mart di Simpang Jalan Sing Ba, di sini untuk kemudahan pelanggan tetapnya.

“Pusat jualan ini dibuka beberapa bulan lepas dan dibuka untuk memasarkan arnab hidup, makanan arnab, sangkar arnab serta baja kompos dari najis arnab yang dijual murah dengan harga hanya RM1.5 hingga RM2 sekilogram”

“Kami mahu galakkan pertanian organik, baja dari arnab ini sangat sesuai kerana dapat menyuburkan tanah tanaman tanpa menggunakan bahan kimia” katanya.

Menceritakan kelebihan yang terkandung dalam daging arnab, beliau berkata, daging arnab sesuai untuk yang mahu berdiet kerana kandungan kalorinya yang lebih rendah berbanding daging lain.

“Daging arnab juga mengandungi Vitamin B12, Vitamin B3 yang mampu meningkatkan sistem metabolisme badan. Ramai yang percaya daging ini juga mampu meningkatkan tenaga batin lelaki,” katanya.

Menyedari pasaran luas dalam industri ternakan arnab ini, beliau kini berusaha mempromosikan ternakan arnab dalam kalangan petani atau usahawan yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang itu.

Mariamah menjelaskan syarikatnya kini menganjurkan program ‘Syukur Bersama Mu’ bertujuan membantu masyarakat pedalaman dan luar bandar meningkatkan sosio-ekonomi mereka melalui bidang penternakan arnab.

“Ini membuka peluang kepada masyarakat pedalaman dan luar bandar berkecimpung dalam bidang perternakan arnab yang sememangnya mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan memandangkan Sarawak dikategorikan dalam ‘Zon Bebas Penyakit’.

“Gold Rabbit Farm akan berkongsi dan membongkarkan rahsia penternakan arnab yang mengaplikasikan sistem penternakan moden bersistematik.

“Kami akan membekalkan sangkar dan anak arnab, dan mereka boleh menjual semula arnab yang sudah besar kepada kami mengikut harga yang dipersetujui,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak masih kekurangan bekalan daging arnab, sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak kononnya ternakan itu mempunyai permintaan yang rendah dan sukar dipasarkan – Berita Harian

Khasiat Daging Arnab

Rendah Kolesterol. Daging arnab mempunyai kadar protein dan kandungan serat halus yang tinggi. Ia juga dapat merawat penyakit manusia.

Bila disebut tentang daging arnab, mungkin ramai rakyat Malaysia akan merasa jijik dan agak berkeberatan untuk memakannya kerana menganggap arnab seperti kucing. Tapi sebenarnya arnab sama sekali tidak sama dengan kucing.

Arnab merupakan haiwan yang halal untuk dimakan kerana haiwan ini hanya memakan tumbuhan, sayur-sayuran dan pelet sahaja dan ianya tidak mempunyai taring.

Manakala kucing pula merupakan haiwan yang bertaring dan juga memakan daging. Jadi ianya haram untuk dimakan. Ciri-ciri ini menjadikan daging arnab adalah halal untuk dimakan.

Khasiat Daging Arnab

Sebenarnya daging arnab mempunyai banyak khasiat jika dibandingkan dengan haiwan l4in seperti ayam, kambing biri-biri, lembu dan sebagainya. Jadual dibawah menunjukkan perbezaan daging arnab dengan daging haiwan-haiwan lain:

Jenis Daging Protein% Lemak% Kalori
Arnab 20.8 10.2 795
Ayam 20.0 11.0 810
Lembu Muda 18.8 14.0 910
Ayam Belanda 20.1 22.2 1190
Kambing Biri-Biri Muda 15.7 22.7 1420
Lembu 16.3 28.0 1440

Sumber: Jabatan Agrikultur Amerika Syarikat (USDA)

Selain mempunyai protein yang tinggi, lemak dan kaleri yang rendah, daging arnab juga kaya dengan vitamin B12, kolestrol, asid uriknya juga rendah, mempunyai kandungan air yang tinggi jika dibandingkan degan haiwan lain seperti ayam, lembu dan lain-lain.

Merawat Penyakit

Daging arnab juga dapat merawat dan mengubati penyakit seperti melawaskan kencing, mengubati retak batu pada kemaluan dan mengatasi perut buncit. Kita boleh memasak daging arnab mengikut citarasa sendiri.

Memakan daging arnab juga dapat meningkatkan tenaga, memperbaiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan meningkatkan kecerdasan otak.

Selain itu, hempedu arnab juga boleh dijadikan ubat untuk wanita yang susah untuk mendapatkan anak dengan hanya menghancurkannya bersama madu dan air didih nasi.

Tulang arnab juga dapat membuang angin dan lendir dalam badan dengan cara membakar dan tumbuk sehingga menjadi serbuk halus lalu minumnya dengan air suam – absagro.my

10 SEBAB KENAPA KITA HARUS MAKAN DAGING ARNAB

1. daging ini salah satu daging putih terbaik yang terdapat di pasaran saat ini.

2. daging ini mempunyai peratusan yang tinggi protein mudah dicerna.

3. daging ini mengandungi sekurang-kurangnya jumlah lemak yang paling rendah dari daging yang biasa kita tahu sekarang.

4. daging kelinci mengandung nilai kurang kalori dari daging yang lain.

5. daging arnab hampir bebas dari kolestrol dan amat baik buat pesakit jantung.

6. Kandungan natrium daging arnab ini relatif kurang dari daging yang lain.

7. Isi kalsium dan fosforus daging ini lebih daripada daging lain.

8. Nisbah saya untuk tulang quality bererti ada daging yang dapat dimakan lebih pada keras daripada ayam.

9. daging arnab dengan banyak manfaat kesihatan tidak memiliki rasa yang kuat dan setanding dengan ayam tapi tidak identik.

10. arnab adalah salah satu haiwan ternakan yang paling produktif dalam negeri ada. Arnab boleh menghasilkan 6 kilogram daging pada makanan yang sama dan air sebagai lembu akan menghasilkan 1 pon daging pada makanan yang sama dan air – nordinsidin-rabbitbiz.blogspot