“N0ta Urus Mayat Bikin M!steri,” Pemuda B0ngkar Kisah ‘Angker’ Rumah Terbiar

Sejak semalam, satu muat naik mengenai misteri penemuan rangka mayat disebuah rumah kosong telah menggemparkan warganet terutamanya pengguna Twitter.


Tinggal nota urus mayat reput di surau

Satu nota ditinggalkan di peti surat surau berhampiran bagi meminta menguruskan mayat tersebut dan ternyata memang ada satu mayat yang mereput diatas tilam.

Kisah rumah tinggal milik Cikgu Jumbri

Posting yang dibuat oleh Azrul Naim itu mengundang seribu satu pertanyaan ekoran kisah disebaik rumah milik seorang lelaki dikenali sebagai Cikgu Jumbri.

Ramai penyewa lari tak sampai seminggu

Menurutnya, sebelum ini ada dua penyewa yang berhajat tinggal di situ. Namun, keduannya hanya menyewa kurang dari seminggu ekoran diganggu dengan pelbagai perkara mistik.

Mat Salleh pun cabut tak tahan diganggu

Dihujung thread Azrul Naim, dia memberitahu tidak dapat memastikan kesahihan kisah mayat tersebut kerana dia hanya menceritakan perihal sejarah rumah tinggal itu.

Mayat reput sudah diuruskan

Namun begitu, menerusi perkongsian di laman Facebook Pusat Khidmat Pedulu Rakyat DNS Sungai Burong telah mengesahkan penemuan mayat reput itu.

Menerusi laporan, mayat tersebut sudah dibawa ke hospital dan akan dikebumikan pagi ini.