Musim haji sudah pun semakin menghampiri penamatnya. Sudah pasti para jemaah haji yang sudah berada hampir sebulan di Tanah Suci telah mulai merindui kampung halaman yang ditinggalkan demi melaksanakan rukun Islam yang kelima.
Sebelum berangkatnya para jemaah haji ke Mekah khususnya jemaah dari Malaysia, kita telah disajikan dengan pelbagai kisah menarik pengorbanan jemaah yang berusaha untuk pergi menunaikan haji.
Naik kapcai sampai Mekah
Oleh sebab itu, kisah sekumpulan rakyat Malaysia yang menaiki motosikal menuju ke Tanah Suci lebih menarik perhatian warganet.
Pada hari Raya Aidiladha yang lepas sekumpulan rakyat Malaysia telah berjaya sampai ke sana dan dapat melaksanakan ibadah haji dengan lancar. Kisah itu telah dimuat naik oleh Shukor Rahim ke ruangan Facebook Honda RS150R Malaysia.
Perjalanan menuju Tanah Suci
Di kesempatan itu, Shukor Rahim telah menyertakan sekali beberapa keping gambar perjalanan mereka menuju ke Mekah dan Madinah dengan melalui ribuan kilometer serta belasan negara sebelum sampai ke destinasi.
Tersangat padu!
Sehubungan dengan itu, perkongsian yang dibuat telah menarik minat warganet untuk meninggalkan komen yang pelbagai di ruangan Facebook tersebut. Rata-rata telah mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan mereka semua berjalan dengan lancar dan mendapat haji yang mabrur.