Riena Diana menjelaskan ‘benjolan’ yang timbul pada bahagian dadanya adalah bentuk jahitan baju dan bukan menonjlkan bahagian tubuh seperti dikatakan segelintir pihak. ‘Benjolan’ itu ‘timbul’ pada pakaian digayakannya ketika hadir ke acara Anugerah Bintang Popular BH ke 34 (ABPBH34) Sabtu lalu yang menimbulkan pertelagahan dalam kalangan warganet di media sosial.
“Pada mulanya, saya menerima mesej daripada peminat berhubung pakaian itu. Tegurannya juga berhemah, malah dihantar secara peribadi untuk menasihati saya. “Namun, lama-kelamaan menjadi tular di media sosial dan menjadi bahan pergduhan dalam kalangan warganet. Ada yang membela saya dan ada juga yang menegur kerana berpakaian tidak senonoh ketika acara anugerah secara langsung.
“Oleh itu, saya mengambil pendekatan untuk menjelaskan perkara ini supaya tidak dipanjangkan lagi. Mungkin ada yang melihatnya sebagai tidak sennoh, tetapi sebenarnya adalah bentuk ‘dart’ pakaian itu,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Riena, pada mulanya dia hanya menutup sebelah mata mengenai isu berkenaan, namun ia menjadi besar sehingga membuatkan beberapa pihak brblah di ruangan komen.
“Minta maaf andai kata ada yang terasa hati atau tersinggung dengan gaya pemakaian pada malam itu. Saya akan mengambil langkah berhati-hati pada masa hadapan supaya tidak menimbulkan salah faham lagi. “Saya juga berharap salah faham ini dapat ditamatkan di sini dan tidak menjadi punca perbalahan di kalangan peminat dan warganet,” katanya. Pelakon yang mencipta nama menerusi watak Lailer dalam drama bersiri Kampung People itu menggayakan pakaian jenama Official Yuleza pada malam itu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : hm