Netizen Persoalkan Gambar Binatang Macam Cicak Tapi Dakwa Ia Spesies Makhluk Asing

Satu video yang tular dilaman sosial telah menimbulkan 1001 persoalan kepada penonton. Mana tidaknya, haiwan yang ditunjukkan menerusi video TikTok tidak pernah pula dilihat sebelum ini.

Kulit haiwan itu seakan-akan cicak, namun mempunyai tangan dan kaki yang panjang, membuatkan warganet mula mengesyaki bahawa ia adalah spesis makhluk asing.

Video yang dirakam di Nevada, Amerika Syarikat itu kini tular dilaman sosial yang mahukan penjelasan orang ramai berhubung penemuan itu.

Ada yang beranggapan, ia hanyalah permainan kanak-kanak, namun ada yang menganggap ia adalah haiwan yang amat jarang ditemui dan semakin pupus.

kredit era

Artikel Berkaitan   Bosan Duduk Di Rumah, Lelaki Buat Video Kreatif Daki Gunung Dan Main Ski Dalam Bilik Undang Kagum Netizen