Niat Nak Beri Semangat Pada Isteri Masa Bersalin, Suami Ini Pengsan Pula Bila Nampak Isteri Kena Ceasor

Proses melahirkan anak adalah satu proses yang tidak mudah dan hanya wanita sahaja tahu rasa sakit itu.


Disebabkan itulah, ramai suami akan menemani si isteri ketika melahirkan anak, bertujuan bagi memberi semangat sepanjang proses kelahiran.

Namun, satu perkongsian di Instagram telah mencuri perhatian netizen apabila si suaminya dilihat terbaring pengsan ketika dia sedang bersalinkan anak melalui pembedahan C-section.

Suaminya itu dilihat sedang dikerumuni tiga petugas perubatan, sambil wanita itu ketawa dan tersenyum.

Tambah lagi, menurut pakar, sebanyak 5% suami akan pengsan di dalam bilik bersalin ketika menemani isteri melahirkan anak, misalnya chef selebriti terkenal, Gordon Ramsay yang juga dilaporkan pengsan di kelahiran anaknya yang kelima Oktober tahun lepas.

Sumber: Daily Mail