Diabetes adalah penyakit kronik, iaitu ia bersifat progresif. Ini bermakna pesakit boleh menjadi lebih teruk dan menjadi lebih baik.
Terdapat beberapa jenis komplikasi yang boleh menyebabkan pesakit diabetes menjadi teruk, antaranya serangan penyakit jantung, serangan stroke, masalah kerosakan mata, masalah luka yang lambat baik sehingga menyebabkan kaki membusuk dan terpaksa dipotong, masalah fungsi ginjal dan kerosakan saraf.
Oleh itu bagi mengelakkan komplikasi dan mendapat bacaan gula yang baik, perlu perhatikan lima perkara.
- Memiliki pengetahuan asas tentang penyakit diabetes. Antara perkara yang perlu diperhatikan adalah tanda-tanda tahap gula terlalu berlebihan dan tahap gula yang rendah dalam tubuh. Cara melakukan pemeriksaan glucometer di rumah. Cara pemakanan yang betul bagi pesakit diabetes. Dan tahu apa yang dikatakan gaya hidup yang sihat.
- Mengamalkan cara pemakanan yang betul. Perkara ini telah banyak saya kongsikan dan facebook dan blog. Antaranya ialah cara pemakanan rendah karbohidrate ringkas, banyakkan sayuran dan buah-buahan, ambil minyak sihat dan protein yang baik. Ketahui makanan yang mempunyai nilai karbohidrat yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.
- Beriadah. Antara riadah yang saya sarankan ialah riadah berjalan kaki dan menaiki tangga (atau mendaki bukit). Beriadah akan dapat meningkatkan sensitiviti insulin. Ini bermakna insulin yang ada dalam tubuh dapat digunakan dengan lebih baik. Ia juga dapat meningkatkan sistem daya tahan tubuh.
- Faham tentang ubat sintetik yang diberikan oleh doktor. Fahamkan nama, bagaimana ia berfungsi, dos dan kesan sampingannya.
- Jangan lupa rawatan berkala untuk pemeriksaan doktor. Saya mencadangkan bagi pesakit diabetes yang baru didiagnosakan, mereka hendaklah melakukan pemeriksaan kerap sebulan sekali. Bagi pesakit diabetes yang telah mencapai tahap gula yang stabil, boleh membuat pemeriksaan antara 3-4 bulan sekali.
Semoga bermanfaat.