Pasti ramai di antara kita yang mempunyai pendingin hawa yang dapat memberi udara dingin di ruangan dalam rumah. Namun ada juga yang hanya menggunakan kipas untuk memastikan ruangan dalam rumah berada dalam keadaan yang sejuk.
Pun begitu, ada yang menggunakan kedua-dua peralatan tersebut dalam satu masa. Ramai yang tidak sedar bahawa terdapat kesan sekiranya kerap kali mengamalkannya.
Seorang juruteknik melalui akaun Facebook Muhammad Noramin Mat menerangkan tentang kesan sekiranya pendingin hawa dan kipas siling diaktifkan pada masa yang sama. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
On Air Cond + On Kipas biasa (Kipas Siling)
Assalamualaikum.
Semalam aku ada bagitau pasal ON AIR COND + ON KIPAS BIASA. Kalau korang nak tahu, bila korang on je dua dua benda ni dalam masa yang sama, nanti suhu panas dengan suhu dingin boleh bergaul, lepastu nanti filter air cond korang pun cepat tersumbat.
Jadi benda macamni, korang kene kerap cuci filter air cond korang. Kalau tak cuci macam mana laa nak rasa SENSASI dingin air cond tu kan? Korang banyak rasa angin dari korang rasa dingin.
Kalau macam tu rugi je pasang air cond kat rumah kalau rasa dingin tu tak BEST! kan?
Nah ni haah aku lukis gambar kat bawah bagi korang tengok (buka gambar, dalam tu ada citer sikit) macam mana kitaran angin tu. Aku nak buat video grafik aku tak reti geng. Aku lukis je la senang. (walaupun lukisan aku tak semolek lukisan Leonardo da Vinci. Korang paham dah kira ok la aku rasa)
Gambar A: Situasi normal bila ON AIR COND & off kipas biasa. Kitaran hawa panas dan dingin dalam kondisi yang baik.
Gambar B: Situasi ni kedua-dua on yang menyebabkan air cond pening dengan suhu ruang bilik. Kitaran hawa panas dan dingin bercampur. (Boleh jadi penyebab bil elektrik korang tinggi).
P/S: Kalau korang tahu guna ‘MOD DRY’, Tu dah kira lain.
Menurutnya, penggunaan kedua-dua alat elektronik ini pada satu masa akan memberi kesan kepada penapis udara yang terdapat di dalam pendingin hawa. Disebabkan itu jugalah, ruang udara di dalam rumah tidak sedingin seperti yang diharapkan.
Sumber: Muhammad Noramin Mat via sk