Pelajar kelas hujung dan kaki ponteng berjaya bangkit! Dulu PMR tak ada A, kini ikuti ijazah kedua… setiap bulan dapat RM20,000

Siapa sangka dari sikap sering ponteng sekolah dan keputusan peperiksaan yang mengecewakan, seorang pemuda bangkit melakukan transformasi ‘bukan biasa-biasa’.

Kejayaan tersebut dikongsikannya menervsi sebuah video di aplikasi TikTok.

Pemuda berkenaan, Nik Izzuddin Omary Nik Omar, berkata dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dia mencatatkan keputusan yang kurang memuaskan.

Anak muda berusia 24 tahun itu memberitahu, keadaan itu disebabkan oleh kedegilan dan sikap sambil lewa terhadap pelajar selain masalah disiplin di sekolah.

Kenangan… Nik (kanan) bersama arwah ibu bapa dan adik-adiknya.

“Saya akui hanya banyak main-main PMR tahun 2013. Sudahlah ponteng kelas di sekolah, kelas tuisyen pun saya tak datang.

“Keputusan PMR saya langsung tak ada A. B pun ada 3 je, lebih banyak C. Saya masih ingat masa dalam dewan peperiksaan, saya tak tahu nak jawab apa,” katanya.

Lebih mesra disapa Nik, katanya, ibu kandungnya meninggal dunia pada 2012, manakala bapa kandung dijemput Ilahi pada tahun yang sama dia menduduki PMR.

“Sedih bila orang yang kita sayang pergi buat selama-lamanya, jadi semangat pun hilang. Masa tu belum matang dan saya pernah terfikir saya ni tiada masa depan,” ujar anak berumur daripada 12 tahun itu.

Nik (dua, kanan) aktif dalam sukan taekwondo ketika di universiti.

Namun, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan mula menyedari tentang tanggungjawab besarnya pada diri dan keluarga selepas mendapat keputusan PMR yang teruk.

Malahan, dia bersyukur kerana rakan-rakan di kelas sewaktu di Tingkatan Empat memberikannya motivasi untuk memberi tumpuan kepada pelajar.

Jika dulu tak berjaya, jangan putus asa. Apa yang penting ada kemahuan, biar perlahan-lahan tapi ada perkembangan yang konsisten.

Artikel Berkaitan   “Urgent pakai duit untuk rawatan kimo kali kedua.”- Sanggup jual tiga buah kereta demi biayai rawatan ibu

“Walaupun belajar di kelas ‘hujung’ tetapi sebenarnya ramai yang mempunyai minat untuk belajar tetapi mereka tiada pemahaman. Jadi, kami membantu antara satu sama lain.

“Syukur, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) jauh lebih baik dengan 6A. Saya kemudian menyambung pengajian di peringkat asasi sebelum mengikuti Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),” kata Nik.

Mencari pengalaman menjual sate.

Di UIAM, prestasinya menunjukkan peningkatan apabila dua semester mencatatkan keputusan dengan pencapaian dekan menerusi purata nilai gred (GPA) 3.6 ke atas.

“Keputusan semester lain bukan tak okay, tapi sipi-sipi nak dekan, dengan GPA sekitar 3.5,” katanya yang turut aktif dalam sukan taekwondo sehingga mewakili universiti ke Kejohanan Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) pada 2015.

Selain itu, pemuda yang turut bergiat aktif dalam sukan badminton ini juga berjinak-jinak dalam perniagaan secara kecil-kecilan untuk menjana pendapatan sampingan.

Dulu (kiri) ketika di sekolah menengah dan kini bergelar pelajar universiti.

“Macam-macam yang saya jual, termasuk jual sate. Dan kini selepas tamat pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, saya menceburi perniagaan percetakan (percetakan).

“Bisnes ini ada potensi apabila saya dan rakan niaga boleh capai pendapatan kasar RM20,000 sebulan. Bagi saya yang masih belajar berniaga, jumlah itu cukup besar,” katanya.

Nik yang akan menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda kedua (double degree) dalam jurusan Undang-Undang Syariah di UIAM bersyukur dengan transformasinya sejak kira-kira lapan tahun lalu.

“Jika dulu tak berjaya, jangan putus asa. Apa yang penting ada kemahuan, biar perlahan-lahan tapi ada perkembangan yang konsisten. InsyaAllah kita boleh berjaya,” katanya.