Pengasuh lalai jaga anak asuhan, kanak-kanak koma tercekik roti

Acapkali kita dengar kisah kanak-kanak cedera ketika di bawah jagaan pengasuh akibat dari kealpaan serta kecuaian yang kadang-kala boleh membawa maut.

Gara-gara sekeping roti, seorang kanak-kanak perempuan koma akibat tercekik. Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika kanak-kanak berkenaan berada di rumah pengasuh di Kedah.


Kepingan roti yang berjaya dikeluarkan

Seorang pengguna Facebook, Marrya Marrysa Rohani yang juga ibu saudara kepada kanak-kanak berkenaan memuat naik status untuk mendoakan kesembuhan anak kecil itu yang masih lagi tidak sedarkan diri sehingga ke hari ini.

“Makteh harap puteh kuat cepat2 sedar…
Semua orang tengah tunggu puteh sedar .”

Ramai netizen turun bersimpati dengan adik Nur Adreanna atau lebih mesra dipanggil puteh itu.

Semua mendoakan kesembuhan buat Puteh


” Semoga dipermudahkan segalanya..”

Semoga ibu bapa di luar sana dapat mengambil iktibar dan memantau anak-anak kecil ini bagi mengelakkan dari perkara seperti ini dari berlaku.

Sumber: Marrya Marrysa Rohani

Artikel Berkaitan   Hadapi Tekanan Bila Anak Meninggal Dan Diceraikan Suami Punca Wanita Mengamuk Kereta Ditunda.